Setelah ikatan tali dipergelangan tangan Azmi dilepaskan, Farah tersenyum puas. Azmi malu kerana lagi sekali dia hanyut dengan godaan Farah, kalah dengan nafsu sendiri. Azmi serba salah. Kepalanya terus teringat isterinya dirumah, mungkin isterinya sedang menunggunya semalaman.
'Ya Allah, iffah! Haihhh'. Pantas Azmi bangun dari pembaringannya, dilepaskan pelukan erat Farah dipinggangnya.
'Hai sayang, I yang puaskan u pun u masih ingat isteri u?' Suaranya seakan merajuk. Tapi dalam hati dia bersorak. Dia menang dalam pertarungan ini.
'U diam, semua sebab u!' Azmi meninggikan suara, pantas dia ke tandas untuk membersihkan apa yang sepatutnya.
'Farah masih berselubung dengan comforter tebal, hanya comforter yang menutupi badannya yang naked itu. Senyum sumbing nampak gaya. Puas hati aku. Padan muka kau Mirul. Bisik hati jahat Farah. Farah tiba-tiba bangun dari baringnya, menuju ke meja soleknya, dia memakai lipstik. Setelah memakai ala kadar, dia mencapai baju tshirt Azmi di bawah lantai dan mengucup bahagian kolar baju itu, kini meninggalkan kesan lipstik. Farah senyum jahat, ni adalah bukti aku dah dapat Mirul malam ni. Hahaha Farah ketawa jahat. Padan muka kau Iffah, kau rampas hak aku!
Farah menuju pula ke arah terletaknya video kamera yang sudah di hidupkan sebelum memulakan permainannya. Cepat dia mematikan video tersebut, video yang sempat dirakam tadi sudah dipastikan disimpan. Lagi sekali Farah ketawa kemenangan. Farah pantas menyimpan video kamera itu di dalam almarinya bila terdengar kunci pintu bilik airnya dibuka dari dalam menandakan Azmi sudah selesai membersihkan dirinya. Farah pantas melompat semula ke arah katil, baring dengan posisi menggoda. Manatau dapat lagi seround. Comforternya saja ditutup setakat separuh badan, pehanya yang gebu itu dibiarkan tidak di tutup. Rambutnya yang panjang separas bahu dibiarkan lepas, bertambah menggoda gayanya.
Azmi keluar dari bilik air, terlihat peha gebu Farah terpempan. Mungkin tertarik dengan peha gebu milik Farah itu. Azmi terus beristighfar dalam hati. Dia tidak boleh tergoda lagi dengan Farah. Pantas dikutip semula bajunya yang terletak di bawah katil.
'Sayanggg. Balik jela pagi nanti. I hantar. Ni dah pukul 2 pagi, wife u pun dh tidur. Hmm boleh sayang?' Rengek Farah. Manja. Menggoda.
Azmi tidak menjawab, dan langsung tidak memandang wajah Farah. Pantas dia terus memakai bajunya. Lengkap.
'U siap-siap nak kemana. Bukan ada kereta u pun. Hmm' Farah sengaja.
'Peduli apa I, I bawak kereta u balik rumah I. Pagi nanti I pulang semula. I got to go!' Azmi terus membuka pintu bilik dan terus menuruni anak tangga ke bawah. Pantas dicapai kunci kereta Farah yang terletak di meja hiasan itu. Dia menghidupkan enjin kereta dan terus keluar dari perkarangan rumah Farah. Dia harus cepat, risaukan keadaan isterinya. Kereta laju membelah jalan.
Farah di tingkap atas hanya memerhati, terukir senyuman kepuasan di bibirnya. Kemenangan berpihak pada dirinya. Tak lama lagi Azmi akan jatuh ke tangannya semula. Tunggu. Hahahaha. Pantas dia melangkah ke arah katil, dan menghempas badannya ingin menyambung kenikmatannya. Semoga mimpi indah.
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romancedi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...