Setelah memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Iffah yang telah menunjukkan respon positif, doktor yang ditugaskan merawat Iffah bergegas ke bilik yang menempatkan Iffah. Dengan keadaan tergesa doktor yang dikenali sebagai doktor Hana itu menyusun langkah pantas ke arah bilik pesakitnya.
'Encik boleh tunggu diluar sekejap. Saya nak periksa keadaan Puan Iffah. Jangan risau. Take a breath.' Doktor Hana sempat memberi senyuman manis kepada Azmi.
Azmi melangkah lesu ke luar bilik rawatan bagi memberi ruang doktor memeriksa keadaan isterinya. Doa untuk kesembuhan sakit isterinya tidak lekang dari bibir merah milik Azmi.
'Harap harap takde pape, emm nak bagitahu mama ke tak ea, haihhh. Tak perlu kot. Mama dah tido rasanye. Esok jela kot.. hmm' soalan yang ditanta dijawabnya sendiri memandangkan hanya tinggal Azmi sahaja diruang menunggu tersebut.
Azmi ke hulu kehilir, risau. Lama pula doktor dalam ni. Adehh. Detiknya dalam hati. Baru sahaja Azmi duduk, terdengar kuakkan pintu bilik di buka. Pantas Azmi memaling ke arah pintu tersebut, lantas mendapatkan doktor Hana yang tidak lekang dengan senyuman dibibir.
'Macam mana doktor keadaan isteri saya? Dia dah okay ke? Boleh saya tengok dia sekarang?' Azmi menanyakan soalan bertubi-tubi seperti peluru berpandu. Dilihat Doktor Hana hanya mampu menggeling kepala ke kanan dan ke kiri.
'Sabar encik, takda benda. Puan Iffah dah menunjukkan respon positif, cuma dia masih belum sedar, kita tengok keadaan esok, sekarang ni dia kena rehat secukupnya. Jangan risau.' Jawapan doktor Hana seolah mengembalikan sinaran pada wajah Azmi. Azmi hanya tersenyum. Ucapan syukur tidak semena keluar dari mulutnya.
'Alhamdulillah, thanks doktor..' hanya itu sahaja yang mampu memberi respon, Doktor Hana hanya mengangguk dan meminta diri untuk melihat keadaan pesakit lain.
Pantas Azmi mendapatkan semula isterinya. Dilihat wajah yang sudah mula kemerahan menunjukkan darah sudah mengalir ke seluruh tubuhnya. Azmi mencapai jari jemari Iffah, diusap perlahan dan dibawa ke bibirnya, lalu dikucup lembut. Dikucup lama seolah sedang menanggung rindu yang sarat. Jari jemari Iffah dilepaskan, bibirnya berpindah ke dahi Iffah, dikucup pula dahi licin isterinya yang tidak mempunyai sebarang cela diwajah mulus itu. Azmi mengusap lembut rambut isterinya. Sesungguhnya Azmi rindu, rindu dengan senyuman manis Iffah, gelak tawa Iffah yang manja. Belaian Iffah. Ahhh! Sesungguhnya Azmi rindu semua yang berkait dengan Iffah. Tidak semena ada cecair jernih mengalir di pipinya. Di kesat kasar, seolah tidak mahu menunjukkan dia lemah. Dia harus kuat untuk terus bagi semangat kepada isterinya.
Azmi penat seharian menjaga Iffah, tidak semena dia terlelap dalam tangan yang sedang bertauyan dengan jari jemari milik isterinya. Dengan harapan mereka bertemu di dalam mimpi. Azmi terlena. Tidak sabar menunggu tindak balas isterinya pagi esok.
***
Err hai, err sorry emm sebab macam emm takde isi benda penting sgt, mood masih dalam mood cuti ekceli. Idea entah kemane mane entah, seolah hilang kewarasan. Hiks! Tp sis try untuk tunjuk cemane cara Azmi nak pujuk Iffah. Sabar okay gais. Thanks sebab maintain tunggu sis hapdet. Selet ibu jari sikittt. Chiaaaa! Emm nak belanje sikit boleh?Even tak sebiru sangat laut tu, emm sis tetap nak belanje. Kah! Atlest tempat ni dapat tenangkan kepala sis dpd semak samun masalah yg sis hadap before this. Huhu. K sekian.
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romancedi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...