BAB 41

10.6K 46 1
                                    

Cuaca sejuk malam itu seperti mengerti keadaan Azmi, bunyi cengkerik nyaring kedengaran. Sesekali angin menghembus nafasnya, dingin. Sejuk hingga menyentuh tulang temulang. Keadaan sayu dengan lampu bilik samar-samar, tapi cukup membuat Azmi dapat melihat wajah isterinya yang pucat. Lemah longlai. Pagi berganti petang, petang berganti malam, tapi isterinya masih juga terbaring kaku bertemankan wayar yang berselirat dibalik tangannya. Azmi kesian melihat keadaan isterinya itu.

'Semua salah b, kalau b tak keluar dengan Farah semalam, hmm mesti tak jadi macamni.. anak-anak kita mesti tengah main-main dalam perut sayang, kan?'. Azmi berisik perlahan di sisi isterinya. Diusap perlahan jari jemari runcing isterinya. Sebak.

'Bangun la sayang, sayang tak kesian kat b ke? Bangun la sayang, b minta maaf sangat-sangat kat sayang. B taknak jadi ape-ape kat sayang. Loveyouu so much sayang!'. Tidak semena ada air mengalir disebalik tubir matanya. Azmi tidak dapat menahan emosinya. Dirinya diserbu rasa bersalah.

Papa dan mamanya sudah pulang petang tadi apabila Azmi kembali semula ke hospital setelah menyelesaikan masalah antara Farah siang tadi. Semua yang berlaku telah diceritakan oleh papa dan mamanya. Seperti dijangka terkejut kedua orangtuanya dengan apa yang berlaku. Sungguh tidak disangka anak saudaranya berperangai seperti itu.

'Whatt? Kamu dengan Farah terlanjur? Tak cukup ke isteri yang kamu dah ade depan mata Mirul? Mana iman kamu? Mana maruah kamu? Papa tak sangka perangai kamu macamni. Pap kecewa, papa tak ajar kamu macamni Mirul..' Dato Helmi sudah naik hantu bila Azmi memulakan apa yang berlaku antara dia dan Farah iaitu sepupunya sendiri. Geram.

'Mirul tahu Mirul salah, tapi Mirul kena paksa. Mirul tak rela paa. Niat Mirul masuk rumah tu sebab Mirul ingat Farah terjatuh ke ape, rupanya Mirul diperangkap. Percaya la cakap Mirul paa. Mama?'. Azmi merayu kepada mama dan papanya. Dilihat wajah sugul mamanya, mungkin tidak dijangka perkara dulu berulang semula.

'Cukup la Mirul, diperangkap ke ape ke, susah papa nak percaya. Kamu tahu kan Farah tu memang licik, kamu pernah kena sebelum ni, tapi kamu tak pernah serik. Atau kamu memang sengaja masih melayan Farah tu?'.

'Tak pa, Mirul nak jumpa dia malam tu sebab nak tanya dia kenapa dia kacau rumahtangga Mirul. Sebab malam tu Mirul dengan Iffah bergaduh, sebab Iffah buka mesej Mirul. Iffah salah faham. Padahal memang sebelum ni Mirul tak pernah junpa Farah. Hmm.' Azmi meninggikan suara kerana papanya tidak mempercayai kata-katanya. Azmi mengeluh.

'Sudah latu bang, kita tak boleh salahkan Mirul ni sepenuhnya. Farah tu yang bermasalah dalam hal ni, haihhh. Malu betul la saya dapat anak saudara macamtu gaya. Haihh'. Datin Azimah mengendurkan petengkaran antara suami dan anaknya.

'Entah lah, payah! Dah lah mah, jom lah balik. Pening kepala abang kat sini, fikir masalah anak-anak. Jom!'. Dato Helmi seolah kecewa, pantas di tarik tangan isterinya untuk pulang. Kecewa dengan Azmi mungkin.

'Ape abang ni main tarik-tarik pula. Sekejap. Abang tunggu la kat kereta dulu..' Dato Helmi melepaskan pegangan di pergelangan tangan isterinya. Langkah diatur laju selaju degupan jantung akibat marah kepada anaknya.

'Hmm Mirul jangan kecik hati dengan papa ye, biasa latu papa kalau dah penat. Nanti die okay latu. Emm sabar ye nak, mama doakan kesembuhan Iffah. Banyak-banyakkan berdoa ye, solat jangan tinggal. Mohon pada Tuhan semoga Iffah sedar dan boleh terima berita pasal bayi dalam kandungannya tu, hmm. Mama paham keadaan Mirul. Mama tak salahkan Mirul sepenuhnya, tapi lepasni beringat lah dengan orang sekeliling walaupun dia rapat dengan kita. Orang ni rambut sama hitam, hati lain-lain. So berhati-hati. Mama sayang kamu berdoa. Mama doakan rumahtangga kamu berkekalan. Asam garam perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Dugaan dan ujian sering berkait selagi kita bernyawa. Doa banyak-banyak ye nak. Kuatkan iman kamu, hati kamu..' Panjang Datin Azimah berpesan. Berharap anaknya kuat, ibu mana yang tak risau keadaan anak.

'Thanks maa, inshaaAllah. Mirul minta maaf sangat-sangat kat mama. Maafkan Mirul maa..' Azmi bangun dan terus memeluk erat tubuh mamanya. Seolah tenang setelah memeluk mamanya. Sebak.

'Dah, kuatkan hati kamu ye, mama dah maafkan. Jangan sedih. Mama blik dulu, kalau ade pape perkembangan bagitahu mama ye..' Datin Azimah mengusap bahu anaknya seolah memberi semangat baru. Terus dihulurkan tangannya untuk bersalaman dengan anaknya. Terus melangkah perlahan menuju ke arah suaminya yang sudah menunggu di kereta.

**
Azmi tersedar dari lamunannya apabila terasa jari jemari isteeinya bergerak. Senyuman terukir dibibir. Pantas di panggil doktor yang bertugas. Dalam hatinya berharap semoga ada perubahan dengan keadaan isterinya.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now