BAB 14

8.3K 53 0
                                    

Tengahari itu mereka sampai di rumah agam yang besar di dekorasi bertemakan Vintage. wah! kemain Vintage lagi. Pilihan Datin Seri Maryam mummy kepada Farah Nabiha dan isteri kepada Dato' Seri Mansur. (takda kaitan dgn bapak kepada KakMah a.k.a Rosmah, kah!) dan merangkap Pak Ngah dan Mak Ngah Azmirul Hayyad Dato' Helmi.

ting! tong! lonceng di pagar rumah agam itu ditekan, pantas sahaja pagar automatik ternganga luas memberi masuk kepada pengunjung yang hadir dgn misi tersendiri.

'Ya Dato' Helmi, dipersilakan masuk dong. Dato Seri ada di dalam, sedang beriadah di taman belakang. Ayuh! bibik tunjukin..' kuat loghat bibik ni, tak terasa nak belajar ckp melayu ke.. bisik Dato' Helmi dalam hati dan memberi senyuman kepada bibik Timah.

Mereka menyusun langkah mengikuti bibik Timah. Tidak lama itu, mereka sampai di taman belakang rumah tersebut dimana Dato Seri Mansur berada.

'Bibik pamit dulu ya Pak, Buk. bikinin air untuk tetamu..' Bibik Timah meminta diri untuk ke dapur.

'Eh! Long Emy. Lama tak nampak, mentang-mentang dah nak jadi besan ni. haha' Dato Mansur berbasa-basi dgn Abang Sulungnya.

'Tula, Long ada je dekat rumah. Settlekan majlis budak-budak ni..' Dato Helmi memberi responnya.

'Ehh, Ngah! Mana Yam. tak nampak pun?' Datin Azimah mencelah memandangkan suaminya sudah masuk berbual mengenai syarikat masing-masing.

'ha tu ha Yam, panjang umur tu kak Long.' menunjukkan kelibat isterinya Datin Maryam yang baru menghampiri mereka.

'Eh kak Long, lama dah sampai? tak perasan. tadi dekat atas rehat-rehat boleh terlelap pulak..' Datin Maryam menghulurkan tangan untuk bersalam dgn kakak iparnya itu.

Mereka sudah mendapat regu mereka. Berbual. Semua benda dibincangnya. Azmi memerhati sambil melayan telefon pintarnya melayan instagram yang byk dilihat gambar pengikutnya selfie dgn gaya tersendiri. 'huh, mentang-mentang hari cuti semua sibuk upload gambar' bisik Azmi geram. Kalau tidak kerana mahu selesaikan misinya, mesti sekarang Azmi sedang melepak dengan kawan baiknya. haih!

'Eh, Mirul senyap je. Tadi kata nak cerita. Cerita apa? Ke saja bagitahu Papa mama adahal ke sini tapi niat di hati ingin melihat bakal isteri? hahaha' usik Pak Ngahnya.

Azmi terpempam, malu menyelubungi, baru dia perasan semua sedang memerhatinya.

'Eh, ada-ada je Pak Ngah ni taw. Mirul ada benda nak bincang mengenai saya dgn.........'

'hai semua! riuhnya. ada pape yang Farah taktau ke? Eh my future husband pun ada juga?' Suara Farah yang nyaring mematikan perbualan Azmi. Serta merta semua mata tertumpu kini kepada Farah, Farah yang hanya memakai simple dgn seluar pendek separas lutut dan baju tanpa lengan cukup membuatkan mata Datin Azimah terbeliak. Malu dgn bakal menantunya.

'Apa kamu ni Farah, pakai la baju sopan sikit depan mak long kamu, tengok tu nak terkeluar biji mata.' Datin Maryam mencubit lengan anak gadisnya. gadis ke? huhu

'auch! sakitlah mummy. rilex la, Farah bukan tak berbaju..' Farah menggosok lengannya yang masih pedih dicubit mummynya.

'Ha Mirul, jgn terbeliak sgt mata tu. Sabar tak lama lagi orang depan tu jadi milik kamu sepenuhnya.' lagi sekali Dato Mansur mengusik. Merah padam muka Azmi.

'Macamni PakNgah MakNgah. Emm.. Mirul dan buat keputusan, yang Mirul taknak...'

'Mirul! ape U nak try cakap ha?' Farah mendapatkan Azmi inginkan kepastian. Farah cuak.

'U shut up, dengar ape yang I nak bagitahu!!' bisik Azmi perlahan di telinga Farah, tapi cukup memanaskan hati Farah..

'Sebenarnya Mirul nak cancelkan this wedding.. sebab..'

Semua tersentak dgn pengakuan Azmi. Segala persiapan sudah dibuat, mana boleh tiba-tiba nak cancel.

'No! i tak setuju. this wedding tetap di teruskan whatever it is! fullstop!!' Teriak Farah tak puashati.

Azmi menjeling tajam kearah Farah, mata yang lain tertumpu kepada Azmi. Azmi perlahan-lahan mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuka galeri dimana terdapat gambar Farah dan lelaki yang dijumpa tempoh hari.. 'inilah masanya' Azmi tekad dalam hati.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now