Azmi memisat matanya, setelah mendapati biliknya gelap, hanya kedinginan penghawa dingin menerpa ke setiap tulang temulangnya, di lihat jam di dinding bilik, jam sudah menunjukkan ke jam 8 malam. Allah, lamanya aku tidur. Mana Ifah. Detik dalam hati. Azmi terus mencapai tuala di tempat penyangkut, dan terus melangkah ke tandas untuk membersihkan dirinya dan menunaikan solat yang hampir ke hujung waktu.
Seusai semua perkara, Azmi menuruni anak tangga, dia pelik kerana isterinya tidak kelihatan dari tadi, dia mencari di bahagian dapur, tiada. Ruang tamu juga tiada. Azmi risau, dia mendaki anak tangga ke atas semula untuk mencari isterinya dibilik kerja, tiada. Azmi terlihat pintu sliding terbuka, dia menuju ke arah balkoni, terlihat isterinya sedang duduk.
'Fuh! sayang pandai kan sembunyi, risau B tau tak. haih..' Azmi mengeluh perlahan. Tiada jawapan. Pelik.
'Sayang, hey! sayang. kenapa diam? Kenapa menangis? Siapa buat sayang B ni. hm?' Azmi menolak dagu isterinya ke atas supaya isterinya memandang wajahnya. cepat Ifah menepis. Eh! makin pelik bini aku ni. Adeh!
'Takyah sentuh saya, awak pergi la dgn sepupu awak tu. Sampai hati awak curang belakang saya kan?!' Ifah mula meninggikan suara, sakithatinya bila diperlakukan begitu.
'Aik? B tido kan tadi, kenape pulak suruh pegi dekat perempuan tu? eh B tak paham la, apepasal ni??!'
'Jangan nak buat taktau la, Awak curang belakang saya kan? Kata overtime, tapi awak buat?' Makin deras airmata menuruni pipi Ifah.
'B mimpi ngeri ke ape ek? tak paham betul la, B keje kot semalam, bila B curang. Cuba explain, jgn mcmni..' Azmi pelik, tak paham. mungkin mood perempuan mengandung memang begini. Sabar.'Nah! awak tengok, awak telan handphone tu, bace ape yang perempuan tu cakap..' Ifah terus bangkit meninggalkan Azmi dgn tanda tanya.
'Dari telan handphone, baik telan sayang. hm..' Azmi bercakap perlahan, tapi cukup untuk didengar oleh Ifah.
Azmi mencapai telefonnya, di baca mesej dari Farah. Azmi membaca satu persatu ayat Farah.
'Arrgh! tak guna punya betina. sial!' Azmi mencampak telefonnya. Berkecai. Sebelum mencampak telefonnya, sempat Azmi menaip sesuatu di aplikasi whatsapp, setkan tempat dan terus menekan hantar. Kau cari pasal ya, tunggu. Bisik Azmi nekad.
Lantas Azmi keluar dari bilik kerjanya, langkah diatur pantas menuruni tangga, dicapai kunci keretanya dan terus melangkah ke pintu utama, dia tidak menoleh untuk melihat isterinya. Dalam hatinya hanya satu, ingin tamatkan permainan yang baru dimulakan oleh Farah. Keretanya terus membelah jalan, laju ke destinasi utama, dimana tempat yang telah di set kan.
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romansadi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...