BAB 25

7.5K 43 0
                                    

Iffah menunggu di rumah, tadi selepas pertengkaran dia terus berlari ke bilik tidurnya, malas mahu memanjangkan pergaduhan. Buat sakit hati, cukup lah hatinya dirobek dengan pesanan ringkas Farah sepupu suaminya itu.

Iffah menunggu dengan kehadiran suami masuk ke bilik barangkali akan memujuknya, tapi hampa. Dia melihat ke bilik kerja suaminya, tiada. Dilihat pula di ruang tamu, juga kosong. Tiada sesiapa. Ifah tergerak hati untuk melihat arah kawasan tempat letak kereta. Hatinya makin sakit, kereta milik suami juga tidak kelihatan. Azmi keluar tanpa pamitan. Ciss. Dasar lelaki. Terus ifah melangkah laju ke bilik tidurnya semula. Membenamkan wajah di bantal. Kecewa.

Setelah beberapa jam menunggu kepulangan suaminya, tetap juga tiada. Fikiran ifah bercelaru. Fikirannya terlintas dengan pesanan Farah petang tadi. Tak kan suaminya betul curang belakangnya. Bisik hati Ifah. Ifah beristighfar, tidak elok memikirkan benda yang boleh memburukkan nama suami sendiri. Lantas ifah menenangkan hati dengan menunaikan tanggungjawab sebagai hamba. Dengan keadaan sekarang, yang dapat menenangkan hatinya adalah dengan memohon petunjuk dari Allah S.W.T.

***

Selesai berteleku di atas tikar sejadah, Ifah melihat jam dinding, jam menunjukkan ke pukul 10 malam. Tetapi suaminya masih tidak pulang, hatinya risau. Risau kalau-kalau Azmi membuat perkara diluar jangkaan. Hatinya di pagut rasa bersalah kerana menuduh tanpa usul periksa.

Ifah duduk di birai katil, sekejap-sekejap dia menyandar di kepala katil, dengan keadaannya sekarang. Pinggangnya dirasakan sakit seperti mahu patah, tulang rapuh. Sakit sangat. Semua yang dilakukan seperti tidak kena. Duduk salah, baring salah semua tidak kena. Ifah menindihkan bantal biar tinggi, dan menyandar. Selesa. Walaupun selesa si badan, tapi hatinya masih risau dengan keadaan suaminya. Didalam hatinya hanya mampu berdoa supaya suaminya selamat dan dijauhkan segala malapetaka. Tidak lama kemudian, ifah terlelap. Lena.

***

Sabar sat, manjang nak cerita Farah je pun tak guna jugak. Kesian Ifah sebagai heroin takde masuk cerita. Hihihi

Ehh! Jap. Kalau orang pregnant memang sakit belakang ea? Hmm kesian ifahh. Dala sakit, suami pulak hmm hilang memane tah. Tu taak cerita yang baby dalam perut menendang2. Kihkih

Ehh stay tune babe!

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now