Bab 49

8.8K 38 2
                                    

Azmi pantas menghidupkan enjin kereta. Tidak sempat memanaskan enjin dia terus berdezup menekan pedal minyak hingga cecah ke lantai. Keselamatannya tidak dihiraukan kini, di kepala yang utama adalah isterinya Iffah. Hati berdegup laju selaju kereta yang sedang membelah jalan. Dihati tidak berhenti berdoa supaya isterinya selamat dan tiada sebarang kemungkinan berlaku.

Sampai di satu selekoh tajam,
DUMMMMMM!

tanpa sempat Azmi mengawal had laju, keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan, Azmi mengawal stereng tapi oleh kerana kereta terlalu laju menyebabkan keretanya berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

Papppppp!

Cawan yang baru diambil Puan Sarimah terjatuh dari pegangan kemas. Hatinya terus berdebar, dalam hati hanya memohon semoga anak menantunya selamat sampai ke kampung halaman, walaupun hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena. Puan Sarimah bertenang, sambil mengemaskan serpihan kaca yang berteraburan berhampiran tempat yang dipijak. Tidak sampai hati ingin memberitahu kepada anak kesayangannya yang masih lemah separuh sedar akibat pengsan sebentar tadi.

Kring! Kring!

Deringan telefon rumah berbunyi. Puan Sarimah berlari anak menuju ke arah telefon rumah, pantas dicapai ganggang telefon. Hatinya seolah dapat merasa ada sesuatu yang berlaku, tapi sedaya upaya dia menenangkan hatinya. Diberi salam kepada si pemanggil.

'Assalamualaikumm..' Puan Sarimah memberi salam kepada si pemanggil dengan nada yang lembut tapi ada sedikit kegusaran dihati. Tenang.

'Waalaikumsalam, err boleh saya tahu, makcik ni ibu kepada err Encik Azmirul Hayyad ke? Err.. '

'Iyyy...iyyeee. ibu mertua, kenapa ya?' Hati semakin berdegup pantas, sepantas darah yang mengalir meninggalkan salurannya. Jika ditoreh mukanya kini berkemungkinan tiada setitik darah pun yang akan keluar. Puan Sarimah mengucap panjang. Tenang.

'Err makcik jangan terkejut ye, emm saya nak bagitahu anak menantu makcik err terlibat dalam kemalangan. Mangsa dalam keadaan kritikal sekarang ni, kami dalam perjalanan ke hospital. Mintak tolong la ye makcik datang ke sini sebagai waris, saya dah call orangtua Encik Hayyad, tapi tak berjawab..' panjang lebar lelaki itu memberitahu serba sedikit keadaan Azmi sekarang, dalam hatinya semoga makcik yang menggelarkan diri sebagai ibu mertua mangsa tidak mempunyai penyakit lemah jantung, risau juga kalau tiba-tiba lain yang jadi.

'Ya Allah! Astaghfirullah. Macam mana boleh jadi macamtu Ya Allah!..' Puan Sarimah seakan meraung. Hatinya sebak, luluh bila mendpat tahu berita tersebut..

'Makcik! sabar makcik, istighfar banyak-banyak. Doakan menantu makcik takde ape-ape ye.. ape-ape nanti saya bagitahu makcik semula. Assalamualaikum..' salam diberi sebagai penutup kata.

'Hmm. Baik lahh. Terima kasih nak! makcik datang ke sana sekarang. Waalaikumsakam..' Puan Sarimah menjawab dengan tenaga yang masih berbaki. Hatinya tidak tenang. Belum sempat dia meletakkan ganggang telefon, pantas jari jemari tua yang dilapisi kulit yang berkedut itu mendail nombor besannya.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now