BAB 23

7.2K 47 0
                                    

Azmi melangkah ke tempat duduknya sebentar tadi. Dilihatnya Farah sedang berbual di telefon smbil bergelak ketawa. Siapalah agaknya yang menelefonnya. Bisik hati Azmi. Ehh, pergi lantak lah, bukan penting pun. Haihh.

Azmi terus menarik kerusi berhadapan Farah. Pantas di capai cawan yang berisi jus epal. Sebelum sempat Azmi menyedut minuman, sempat dia bertanya kepada Farah.

'U ada letak ubat tidur lagi ke dalam air I? Takut kang pisang berbuah dua kali..' sinis soalan yang diajukan. Merah padam wajah Farah bila di perli sedemikian.

'Ishh! ape U ni, U ingat I jahat sangat ke nak buat mcmtu. I dah tak buat mcmtu la. Hmm' Farah mengeluh perlahan, menandakan dia merajuk.
'Dah berubah Alhamdulillah la. Tapi bg I, U tetap Farah yang dulu. Takda perubahan langsung. Huh!'

Makin sakit hati Farah bila melayan Lelaki di hadapannya kini, dalam hatinya memohon supaya Hairy tiba secepat mungkin, Kau tunggu la Mirul. Puaskan dulu dengan perlian, kejap lagi kau akan diam. Bisik jahat hatinya.

'Ehhh, Azmirul Hayyad. Keciknya kawasan ni kan. Boleh jumpa pula kat sini...' Hairy menghulurkan salam. Menegur kekonon kecil dunia. Padahal semua adalah 'agenda' bersama Farah.

Azmi terperanjat dengan kehadiran Hairy, partner syarikatnya. Lalu pantas di sambut huluran salam lelaki tersebut, dan menjemput duduk di meja mereka.

Farah sudah tersenyum girang bila Hairy tiba-tiba muncul di depan mereka. Sekejap lagi dia akan mendapat apa yang telah dirancang.

'Ehh, hai Farah. U pun ade jugak kat sini, ingat I lagi?' Hairy menegur Farah, berlakon seperti baru jumpa, padahal sudah komplot bersama. Ciss.

'Err.. sapa ek? I lupa la. Mana U kenal I?' Farah berpura-pura, sambil membuat muka pelik ke teruja ke taktau.

'Ishhh, U jangan tanya dia ni, ramai sangat lelaki dia jumpa, mana nak kenal U Hairy. Heh!' Azmi menyampuk. Merah padam muka Farah bila disindir begitu. Hairy hanya tersenyum.

'Its okay. Never mind Azmi. Farah, I Hairy, Hairy Darian. Kita satu tempat study time di UK dulu, remember me?' Lakonannya diteruskan.

Azmi dah Hairy kini melihat Farah, yang mungkin sedang mengingatkan kenangan dulu. Padahalllll. Lakonan semata. Cehh.

'Ohhhhhhh Hairy. Sekarang baru I ingat, U la orang malaysia pertama I jumpa time tu, sorry, lama sangat dah tak jumpa. Sorry Hairy..'

'So, dah kenal? Ingatkan masih tak kenal, biar I hentak sekali kepala U. Hmm' Azmi bersuara, sambil dijelingkan matanya ke arah Farah.

Mereka terus memulakan perbualan bersama. Sesekali sahaja Farah turut serta, kerana bidang perniagaan bukan bidangnya. Dia hanya tahu sikit-sikit itu pun setelah papanya yang tunjuk ajar.

***
Azmi mengerling jam tangannya, jam sudah menunjukkan ke pukul 10 malam, dia sudah bersedia untuk membayar minumannya, tapi ditahan oleh Hairy. Bagi menjaga hati parternya itu, dia duduk lagi. Sambil berbual kosong. Farah meminta diri untuk ke tandas sebentar. Sebenarnya bukan tandas, tapi tempat lain..

***jeng jeng jeng***

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now