BAB 12

8.8K 65 0
                                    

masih dalam mood flashback ok gais. teruskan support. thanks :)

***
setelah bersetuju untuk dinikahkan hujung bulan hadapan. Azmi memberi segala tugasan persiapan kepada mamanyaa, dia langsung tidak bersemangat walaupun itu adalah hari bahagianya. Bahagia ke? emm

Di hujung minggu Azmi saje ingin menenangkan hatinya seorang diri, dia melayan apa kata hatinya. Kata hati pergi ke panggung wayang, Azmi menurut. Pergi karaoke, Azmi menurut walaupun seorang diri tanpa teman. Dia mempunyai kawan baik tersendiri iaitu Ryan Nafiz, tapi dia malas menyusahkan kawannya itu untuk mendengar masalahnya.

Seharian Azmi berjalan, baru dia sedar hampir seharian juga dia tidak menjamah sebutir nasi, pergi wayang pun hanya membeli popcorn yang bg Azmi hanya untuk menjadi kudapan di dalam panggung.

Azmi menyusun langkah perlahan ke salah sebuah restauran, perutnya yang sudah sedia menggoncang asid yang terkeluar memenuhi setiap ruang di celah-celah organ perut, untuk minta diisi. Sampai di restauran tersebut, Azmi membuat pilihannya sendiri mengikut kemahuan tekaknya yang disampaikan oleh dari dalam perut yang kelaparan itu. Azmi melilaukan matanya seolah mencari seseorang di kawasan dalam restauran itu, tiba-tiba matanya tertangkap dgn satu kelibat susuk tubuh tinggi lampai, dgn rambut panjang separas pinggang yg di kerintingkan yg sangat familiar di tubir matanya. Azmi menggosok matanya ingin memastikan itu adalah orang yang sama dgn apa yang disampaikan oleh otaknya, ataupun oranglain yang hanya seiras. mungkin pelanduk 2 serupa, bisik hati Azmi.

Azmi terus memerhati tindak tanduk wanita itu bersama lelaki yang cukup tough badannya, ada rupa. hidung terletak di tempat asal. Wanita itu memukul manja lengan jejaka sebelahnya, dan tak di sangka-sangka wanita tersebut
cuppp! mendaratkan bibirnya ke pipi jejaka tersebut. Di public pun dia berani membuat aksi-aksi panas. Azmi istighfar perlahan. Tidak lama kemudian, Azmi melihat wanita tersebut suap menyuap makanan. haih! ini sudah lebih. Azmi tak menyerah, melihat dan terus meneliti.

sah! ini Farah. Farah Nabiha merangkap bakal isterinya hujung bulan ini. Wah! mcmni perangai kau ye, kau tunggu! Azmi geram lantas dia bangun dan mengatur langkah cepat ke tempat wanita yang tengah berpelukan.

'ni keje kau? cakap ada keje, tp kelua dgn jantan lain? dasar betina murah!' Pantas tangan Azmi mencapai gelas yang berisi jus epal, dan menuang ke atas kepala Farah Nabiha. Dan Azmi mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar Farah sebagai bahan bukti. Padan muka!

'Hey! apeni?! ape U buat kat i??! How dare u Mirul!!' Farah menengking.

'kenapa? Aku baru je tuang air atas kepala kau, tu pun nak explain? berpelukan bercium kt public pandai. Nak describe ape yg aku buat pun taktau? tetibe je bodoh ek?' sinis. Dia langsung tak fikir keadaan sekeliling. biarkan orang pandang, bukan mereka tahu yang aku ni anak Dato Helmi. huh! dengus Azmi kasar.

Merah padam muka Farah. Malu. Sakithati. bercampur baur. Walaupun jus epal yg dicurah di kepalanya sejuk, tetapi tidak boleh menyejukkan hati Farah.

'Betina sundal, tak bermaruah! silakan bercium dgn jantan ni. ha! kau pun jantan, kau boleh melingkup dgn betina ni. silakan! kat sini tak syok nak bernikmat, sila pergi check in dgn hotel sebelah ni, takda duit?!' Azmi berhenti cakap dan tetibe melemparkan not rm50 ke muka Farah.

'tu duit, rm50 cukup? sikit ke? layak dgn harga diri kau. murahan!' Azmi terus beredar setelah menghamburkan marahnya.

Farah malu. Dia terus beredar meninggalkan tempat itu. Jaga kau Mirul! luah tidak puas hatinya.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now