BAB 26

7.7K 43 0
                                    

Azmi memandu penuh berhemah walaupun tidak selesa dengan keadaannya dengan Farah, di ekor mata Azmi dia melihat Farah tidak jemu memandangnya, tetapi dengan ego dan iman yang masih mampu dikawal, Azmi tidak tergoda sikit pun.

Setelah mendapati suasana didalam kereta itu seperti berada di hospital, Farah tiba,tiba bersuara memecah kesunyian keadaan mereka.

'U, I sakit perut la. Tak tahan ni. Hmm kita singgah rumah I kejap boleh? Lagipun depan tu simpang jalan rumah I dah tu..' Farah merengek manja seolah menggoda.

'alahaii, kita berenti dekat stesen minyak jela. Leceh la U ni. I nak cepat paham tak..' Azmi mengelak, dia tidak mahu berlama-lama di rumah Farah. Risau.

'Alaa sayang, I dah tak tahan ni, ni pun I dah terkepit-kepit tahan taw, please u. I tak tahan sangat dah ni, stesen minyak pun jauh kot kalau nak ke rumah u tu. ' Sengaja Farah berbuat demikian supaya Azmi bersetuju. Muka seposen dan berkerut,kerut menguatkan lagi lakonannya.

'Hissh! Leceh betul la perempuan ni taw. Yelaah! Nasib la kereta I buathal, kalau tak, tak ingin I tumpang kereta u. ' azmi bersetuju dan terus membelok ke simpang perumahan Farah. Farah tersenyum kemenangan.

Mereka sampai di hadapan rumah teres 2 tingkat, dihias rapi, tersusun atur. Walaupun dengan cahaya lampu jalan yang samar-samar Azmi tetap boleh nampak susun atur landskap rumah Farah. Azmi meletakkan kereta di tempat letak kereta. Dia bagi Farah turun untuk membuang hajatnya yang sudah ditahan dari tadi. Katanyaa.

'dala, tunggu apelagi. Turun la. Tadi nak membuang sangat. Kot nak tunggu esok baru nak membuang.. huh!' Sinis perlian Azmi.

'Ehh u turun lah dulu, masuk dulu, I lambat nanti kang, atleast u boleh minum dulu sementara tunggu I siap melabur..' Farah memujuk. Agendanya hampir mengena. Tunggu.

'aku tunggu dalam kereta je, bukan ade pape pun dalam rumah kau, tak elok kalau aku masuk rumah perempuan malam-malam. ' Azmi rimas.

'Sukahati u lah. I dah tak tahan ni.. tunggu sampai keras.. ' Farah pasrah.

Azmi hanya menjeling. Sementara menunggu Farah, Azmi mendengar lagu-lagu yang bermain di stesen radio. Dari satu lagu ke satu lagu, Farah tetap tak muncul. Azmi tertanya berak batu ke ape perempuan ni. Geram. Azmi menunggu dan terus menunggu. Hampir setengah jam Farah juga tidak muncul, baru sahaja Azmi ingin menekan hon, Azmi terfikir sekarang sudah waktu tidur, takut jiran tertangga terganggu.

'Arghhhhhh' Tiba-tiba Azmi terdengar satu jeritan dari arah dalam, nyaring. Azmi mengambil keputusan untuk turun dari kereta, dan melihat apa yang berlaku kepada Farah.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now