BAB 46

10.6K 47 1
                                    

Melihat wajah lemah isterinya yang separuh sedar, pantas Azmi memanggil doktor untuk memeriksa keadaan isterinya. Langkah kaki di atur laju untuk mendapatkan doktor yang bertugas. Dengan pantas doktor yang menggantikan Doktor Hana iaitu Doktor Shima pantas mendapatkan Iffah. Diperiksa segala tekanan darah, jantung Iffah. Tidak lama selepas itu, Doktir Shima mendapatkan Azmi yang sedang duduk di ruang menunggu.

'Alhamdulillah encik, isteri encik dah sedar. Cuma keadaannya masih lemah. Jangan bagi dia banyak bergerak dan tekanan. Emosinya masih tidak stabil. Kalau encik nak tengok silakan ye..' Doktor Shima menghadiahkan senyuman manis kepada Azmi yang kelihatan gembira dengan keadaan isterinya.

Azmi mengatur langkah perlahan mendapatkan isterinya. Risau kalau dengan kedatangannya mengganggu emosi Iffah. Pintu dikuak perlahan. Azmi melihat Iffah memalingkan mukanya menghadap ke luar tingkap. Azmi berjalan perlahan menuju ke kerusi di sisi Iffah.

Glupp! Seriau nak mulakan perbualan macam mana. Detik Azmi.

'Sayangggg.. sayang dah sedar? Biy rindu sayang. Hm' Azmi memulakan soalan yang entah dirasakan patut atau tidak. Tapi tiada respon. Mungkin marah lagi.

'Emm sayang nak minum?' Diam.

'Sayang, pandang lah b.. b rindu sayang..' diam.

'Err sayang marah b? Hm'. Diam tak bergerak. Azmi semakin tidak keruan. Adehh marah betul ni. Emm cemane ni.

Azmi mengambil cara lain untuk membuat isterinya memandang dan menyedari kehadirannya disisi. Azmi menyentuh jemari halus Iffah, baru disentuh pantas Iffah menepis. Azmi kelu. Terpaku.

'Jangan pernah sentuh aku, kau keluar dari bilik ni. Aku benci tengok muka kau, keluar!' Walaupun suara Iffah lemah, tapi cukup didengari oleh kedua pasang telinga Azmi. Azmi terpana. Iffah tak pernah menggunakan kata ganti nama sebegitu walaupun bergaduh besar. Tapi kalini hmm lain betul. Azmi tak mengalah.

'Sayangg, b tau b salah. B punca semua benda jadi, b tau semua tu. Tapi pandang la b. Sayang layak benci b. Sayanggg..

'Aku cakap aku taknak tengok muka kau lagi, kau keluar. Takyah cakap banyak. Kau keluar! Kau takde hak panggil aku sayang!' Iffah seolah seperti histeria. Menjerit. Tapi mungkin tidak terlalu kuat, cukup mendesingkan telinga Azmi.

'Hmmm. B mintak maaf sayangg.. sayang rehat dulu..' Azmi bangun dan ingin mengucup dahi isterinya, tapi anras ditepis dan dipalingkan wajahnya angsung taknak melihat wajah Azmi. Azmi kecewa. Azmi mengatur langkah lemah meninggalkan isterinya.

Azmi terus terduduk di ruangan menunggu. Airmata deras mengalut. Dia sudah tidak peduli dengan mata yang melihat ke arahnya. Pantas dikeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon papa dan mamanya memberitahu keadaan Iffah.

'Assalamualaikum mama, emm Iffah dah sedar. Mama datang la sini, hmm..' Azmi mengeluh lemah.

'Waalaikumsalam Mirul, alhamdulillah. Sekejap lagi mama datang. Tunggu papa sekejap. Emm kamu kenape Mirul? Kenape tak happy? Iffah kan dah sedar, patutnya kamu la yang paling happy..' Datin Azimah tertanya keadaan anak tunggalnya itu.

'Hmm entah la maa, Iffah langsung taknak pandang Mirul. Dia dah benci Mirul. Entah la maa, Mirul tahu Mirul salah. Mirul terima semua ni..'

'Mirul, Iffah tengah tak stabil kagi, nanti dah elok dia okay la. Kamu jangan fikir sangat ya. Kejap lagi mama datang. Sabar ye nakk.' Datin Azimah seolah memahami keadaan anaknya. Hanya mampu beri kata semangat untuk anaknya itu.

'Hm yela maa. Pape nanti bagitahu Mirul ye, tadi Mirul pun dah bagitahu Ibu Iffah. Mungkin petang sampai la sini. Mama hati hati ye nanti. Mirul letak dulu, assalamualaikum..'

Azmi terus mematikan panggilan dan menuju ke arah taman permainan yang terletak berdekatan dengan bilik Iffah. Sekurangnya dapat menghilangkan tekanan dengan melihat anak kecil yang sedang lincah bermain di taman tersebut.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now