BAB 18

7.4K 59 0
                                    

*6bulan kemudian*

Ifah mengusung perutnya yang memboyot ke sana kemari, memandangkan dirinya sudah tidak bekerja. Segala urusan rumah dilakukan sendiri, kadang-kadang sahaja Azmi membantunya melakukan tugasan.

Malam itu Azmi pulang hampir jam 10 malam, kerja lebih masa katanya kerana projek yang dijalankan dipercepatkan oleh clientnya. Sebagai CEO syarikat, Azmi lah yang terkejar kesana kemari bg menyelesaikan urusan tersebut.

Azmi seperti biasa, balik dari kerja dia terus mencapai tuala yang tergantung, dgn langkah lemah longlai Azmi ke tandas untuk membersihkan badannya yang dirasakan seperti gula tertumpah. melekit. rimas. panas.

Ifah yang duduk di sofa hanya memerhati tingkah laku suaminya, sambil memakaikan alat pendengar suara yang ditekapkan di perutnya, untuk di dengarkan ayat-ayat suci al-quran kepada anak di dalam kandungannya. Cara itu dipraktikkan sejak usia kandungan 5bulan lagi, Mama mertuanya yang mengajar supaya dia berbuat seperti itu kerana baik untuk bayi dalam kandungan.

Seusai mandi, Azmi terus menjalankan tanggungjawabnya, menunaikan solat isyak. Seperti tadi, Ifah hanya duduk diam tanpa terkutik, hanya memerhati. Sesekali dia mengusap perutnya yang dirasakan seperti bergerak, bergerak kerana anaknya aktif menendang tiap malam.
Selesai membaca doa dan berteleku sementara, Azmi terus berjalan ke arah birai katil, dia duduk pada awalnya dan terus membaringkan badannya. Segala kepenatan, keletihan dan kesakitan seperti hilang sekelip mata tanpa diurut. Fuh! Legaa. bisik Azmi.

'Sayang, nak keras ke kat sofa tu? taknak teman B? hm? B pnt la. Meh la sini. Rindu..' Rengek Azmi manja memanggil isterinya.

Ifah tidak menyahut, dia cuma menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya. Lalu laju dia melangkah ke arah suaminya, dan terus baring disisi suaminya. Ifah memeluk tubuh suaminya. Erat.

'Baby! Anak papa buatpe tu.. Tak tido lg ke? Main ting-ting ke main make-over dalam tu..' Azmi mengusap perut isterinya, berbual seperti mendapat respon dari anaknya.

Mereka masih tidak lagi mengetahui jantina anak mereka, katanya biar surprise, tunggu masa baru scan. Mereka teruja.

'Anak papa tengah menjahit rasanya ni..ehem' Ifah mengubah suaranya seperti suara anak kecil yang menjawab persoalan papanya. Azmi mencuit hidung isterinya. Geram.

'Sayang nakal ek? gigit kang ha. B dah lama tak dapat belaian kasih sayang ni, Malam ni nak boleh?' Azmi mengusik isterinya.

'Mengada lah B, sayang tak termampu dah B. jangan mcm-mcm, tahan la. tak lama lg. boleh ye kandaku intan payung, bumbung awning parking kereta. hehehe'. Ifah menyakat suaminya. Dia sendiri rindu akan belaian suaminya, tapi apakan daya. Dia tak mampu.

'Yela, B tunggu sayang habis pantang k..muahh' satu kucupan mengenai pipi mulus Ifah, Ifah tidak mengelak, dieratkan pelukan pada tubuh suaminya.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now