Pagi itu selepas menunaikan solat subuh disurau yang disediakan di hospital tersebut, Azmi terus ke kafeteria untuk mengisi perutya yang kosong sejak malam tadi, disusun atur perlahan ke arah kafeteria tersebut. Kelihatan beberapa orang doktor dan jururawat yang sedang enak mengalas perut untuk memulakan tugasan mereka. Kafeteria tidak dipenuhi orang awam mungkin masih awal untuk bersarapan. Cuma seorang dua sahaja orang awam yang berada disitu.
Setelah selesai mengalas perut, Azmi mengatur langkah ke bilik yang menempatkan isterinya. Dilihat wajah mulus isterinya itu, dan wayar yang bersilang silang ditangannya dimana untuk menyalurkan air kedalam tubuh Iffah. Azmi sebak. Sebab perbuatannya, Iffah yang menanggung segala kesakitan.
Azmi mengambil tempat duduk di sofa yang disediakan di bilik tersebut. Baru teringat akan keluarga mertuanya. Pantas dicapai telefon bimbit dan mendail nombor ibu mertuanya iaitu ibu kepada Iffah. Azmi menunggu seseorang menjawab panggilannya dihujung talian, tapi tidak dijawab. Azmi mencuba sekali lagi. Lama.
'Assalamualaikum..' terdengar suara dihujung talian memberi salam. Azmi terkejut, sempat termenung.
'Ehhh, waalaikumsalam ibuu.. sibuk ke buu? Lambat angkat call Mi?'. Azmi berbasa basi mengawal suara.
'Takde la, tadi telefon ibu kat bilik, ibu kat dapur baru lepas sarapan. Kenape ni Mi pagi pagi dah call ibu?' Tanya Puan Sarimah dihujung talian.
'Err takde la buu, maaf ganggu ibu pagi pagi. Emm ibu sihat? Lame tak call ibu,Mi tak sempat, busy sangat sekarang sorry buu! Hmm..'
'Takpe ibu paham kerja kamu, Iffah ade juga bagitahu kamu busy dengan projek baru kan. Ibu sihat alhamdulillah. Macamtu jela. Kenapa Mi? Ade pape ke? Suara kamu pun nampak macam lemah je. Kenape?'
Haihhh. Pandai ibu mertua aku ni teka. Adehhh. Bisik Azmi. Berat hatinya ingin memberitahu keadaan Iffah sekarang. Bukan niatnya, tapi Azmi malas mahu susahkan hati ibunya itu. Lagipun dia dikampung, jauh dari rumah mereka. Tapi nak taknak memang kena bagitahu la ni. Haihh.
'Azmiii, kamu diam pulak? Tidur ke? Haihh budak ni lahh..' terdengar jeluhan perlahan Puan Sarimah di talian.
'Ehh. Maaf buu. Emm sebenarnya Mi nak bagitahu ni pasal Iffah. Hmm..'
'Kenape dengan Iffah nakk? Dah bersalin ke?' Puan Sarimah seperti tidak keruan. Mungkin risau dengan keadaan satu satunya anak perempuan yang dia ada.
'Ehh tak buu, tapi emm.. kalau Mi bagitahu Ibu jangan terperanjat pulak. Emm Iffah kat hospital sekarang ni, dia keguguran. Hmm..' satu keluhan berat dilepaskan. Serba salah terus membelenggu dirinya. Ecehh.
'Ya Allah! Aa..aa..apee? Ke..gu..guran? Macam mana boleh jadi macamtu Mi? Kamu tak jaga Iffah ke? Habistu macam mana keadaan dia sekarang? Kenapa tak bagitahu ibu awal awal? Baby langsung tak dapat diselamatkan ke?' Terdengar esakan dihujung talian.
'Ibuu, Mi minta maaf banyak banyak. Bukan Mi sengaja nak rahsia kan kat ibu, tapi Mi taknak ibu kat sane risau pasal Iffah. Pasal baby tu, tak dapat diselamatkan bu, dua-dua baby tak dapat diselamatkan. Sekarang Iffah masih kat hospital. Panjang ceritanya buu, tak habis kalau Mi cerita dalam ni. Baru jadi semalam bu, nak bagitahu ibu takut ibu rushing dari sana. Ibu jangan risau Mi dengan mama papa ade kat sini jaga Iffah. Mi mintak maaf buu..' Azmi terus terusan meminta maaf. Dadanya sebak bila mendengar esakan ibu mertuanya. Dirinya diselubungi rasa bersalah berterusan.
'Takpe la. Nanti ibu dengan ayah datang sana. Ape ape bagitahu ibu. Jangan diam je.. jaga iffah elok elok..'
'Ibu jangan risau, malam tadi Iffah dah bergerak, cuma tengok pagi ni kalau dia sEdar mungkin esok ke dah boleh bawak balik rumah. Ibu jangan risau. Kami kat sini jaga Iffah..'
'Ha yela, nanti ape ape bagitahu ibu, ingat. Hmm, ibu nak bagitau ayah kamu dulu, mungkin tengahari kami gerak ke sana.'
'Baik buu, nanti gerak hati hati buu, kirim salam dekat ayah. Jumpa nanti buu, ibu jangan fikir sangat. Mi ade kat sini jaga Iffah. Assalamualaikum bu.' Azmi mematikan panggilan setelah mendapati ibunya menjawab salam. Semoga dipermudahkan perjalanam ibu bapa mertuaku Ya Allah! Bisiknya dalam hati.
Azmi berdiri mendapatkan isterinya, seperti biasa dikucup dahi dan jemari halus milik isterinya. Tiba-tiba terasa seolah jemari tersebut bergerak. Pantas Azmi menoleh ke arah isterinya. Dilihat Iffah sedang mencuba sedaya upaya membuka matanya.
Azmi terkesima. Sebak.
'Sayangggg..'
YOU ARE READING
BAHAGIA MILIKKU
Romancedi sebalik senyuman. pastikah ada bahagia? setelah kebahagiaan hampir dikecapi, dugaan datang menimpa. siapakah pilihan Azmirul Hayyad Dato' Helmi? Shariffah Emelda Nordin seorang gadis biasa, lemah lembut ataupun Farah Nabiha Dato' Seri Mansor? m...