Bab 50

15.5K 57 9
                                    

Puan Sarimah, Dato' Helmi, dan Datin Azimah memandang sepi mesin yang berselirat dengan wayar yang bersambung dengan tubuh badan Azmi, Datin Azimah tidak berhenti menangis sejak menerima perkhabaran berita mengenai kemalangan anak tunggalnya itu. Lain pula bagi Puan Sarimah yang nampak lebih tenang berbanding Datin Azimah. Puan Sarimah tidak mahu besannya melihat kelemahannya kini, biarpun sebentar tadi dia seperti orang yang hilang arah. Puan Sarimah mendekati besannya, dipeluk erat bahu itu, ditenangkan sekuat mampunya. Puan Sarimah seolah mengerti perasaan Datin Azimah melihat sekujur tubuh anak tersayang yang terlantar dengan luka yang masih merah disetiap anggota badan.

***

Telefon berdering rancak meminta untuk diangkat. Sepantas kilat Datin Azimah mendapatkan telefon yang kuat menjerit nyaring. Terus ditekapkan ditelenganya yang dilapisi dengan kain telekung.

'Assalamualaikum.. Zimaa, maaf akak ganggu, nak bagitahu ni Azmi.. Azmii.. ' suara dihujung talian sudah dapat dijangka siapa pemiliknya, lagi laju otaknya berfungsi bila ada terselit nama anak terunanya Azmi. Datin Azimah sabar menunggu seketika bilamana suara besannya berhenti disetakat itu dan terdengar esakan tangis yang sayup kedengaran.

'waalaikumsalam Imaa, kenapa ni? Cuba perlahan-lahan, kenapa? Kenapa dengan Azmi? Kenapa Ima?' Suara Datin Azimah seperti sedikit mendayu merayu. Hatinya dirasakan tidak tenang seperti tadi selepas solat. Jantungnya sudah dirasakan seperti kuatnya gegaran bumi, dupdapdupdap!

'Azmi, anak kamu kemalangan. Dia.. dia sekarang dalam perjalanan ke hospital..' kaki Puan Sarimah seperti menunggu hendak gugur ke buMi, lemah gemalai dirasakan badannya kini.

'Ya Allah, astaghfirullah. Allahuakhbar. Ke.. kenapa bo.. Boleh jadi macamtu mah..' terdengar tangisan dihujung talian. Masing-masing berlawan sedu-sedan esakan tangis. Tidak terluah dengan perkataan.

'Nanti saya cerita, kamu dengan Helmi datang la ye ke hospital Muar, sebab tadi ada yang bagitahu Azmi dihantar ke Hospital Muar. Akak tunggu disana yaa. Cepat sikit. Doa banyak- banyak Azmi selamat dan takde ape-ape yang serius ye. Okay, akak tunggu kat sane je. Assalamualaikum..' Talian dihujung sana sudah diputuskan, ganggangan telefon masih disisi telinga Datin Azimah yang masih terkejut dengan khabar berita yang diterima sebentar tadi. Yang dia tahu anak teruna tunggalnya sedang dalam perjalan ke hospital. ' semoga anakku tidak ada apa-apa Ya Allah! Selamatkan lah anakku, aku memohon padamu Ya Allah!' Tak berhenti Datin Azimah berdoa supaya Azmi tidak mengalami kecedaraan yang serius.

***

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now