BAB 33

13.1K 59 1
                                    

Selesai menyediakan sarapan untuk suaminya, Iffah menuju ke atas semula. Ke bilik tidurnya untuk mengutip baju kotor dan memanggil suaminya untuk bersarapan bila jam sudah menunjukkan ke pukul 8. Perlahan lahan iffah menaiki anak tangga, terasa tak cukup nafasnya dengan keadaanya yang memboyot. Fuhhh!

Iffah menguak pintu bilik, dilihat suaminya sedang bersiap. Iffah terus menuju ke arah bakul baju kotor. Tiba tiba baru sahaja ingin mengutip baju dia ternampak kesan lipstik di kolar baju milik.. ya! Milik Azmi. Azmi suaminya. Iffah membelek baju tersebut, setahunya dia sudah lama tak memakai lipstik sejak hamil ni, mood untuk bermake up tiada. Iffah makin pelik. Ni baju malam tadi yang azmi pakai. Hatinya berdegup kencang. Darahnya sudah naik ke kepala. Ini boleh mendatangkan kemarahan. Huh!

Azmi mendekatkan dirinya ke arah Iffah, bila mana istErinya seperti patung berdiri berdekatan bakul baju kotor.

'Sayanggg? Kenapa ni? Berdiri tercegat kat sini. Apesal? Nampak lipas ke? Hehe'. Azmi mengusik isterinya. Baru sahaja tangannya ingin merangkul pinggang isterinya, tangan di tepis.

'Tak payah sentuh saya!' Azmi kaget. Dah kenapa tak masal bini aku ni. Nak peluk pun dah berkira. Haihh la orang mengandung ni. Keluh Azmi. Pelik perubahan hormon isterinya sejak mengandung ni. Garang lain macam.

'Kenapa ni, b rindu sayang. Kenapa tetiba ni? Dah taknak b peluk ea? Dah tak sayang b? Hmm.' Azmi buat suara merejuk manatau boleh sejukkan hati isterinya.

'Awak boleh fikir sendiri sekarang. Lepaskan saya kalau dah taknak, tak perlu main belakang saya..' Iffah memberi baju itu kepada suaminya. Baju sudah bertukar tangan. Azmi tergamam. Dia ternampak kesan lipstik, Ya Allah! Ni mesti kerja Farah.

'Sayang, let me explain. Give me chance sayangg. B tak curang belakang sayang. Trust me sayang. I love youu so much. 'Azmi merayu, di capai tangan isterinya. Tapi pantas ditepis. TErlihat wajah lembut milik isterinya sudah basah lencun dek airmata. Serba salah menyelebunginya. Iffah pantas menuju ke bilik khas dimana terletak almari baju mereka. Airmatanya di kesat kasar. Dia kecewa, dengan keadaanya sekarang Azmi berani curang, bermain perempuan lain. Perempuan yang dari darah daging suaminya sendiri. Pantas kakinya melangkah ke arah bilik tersebut. Azmi mengejar dari belakang.

'Sayang, tolong la. B boleh terangkan. Benda ni tak macam yang sayang fikir, tolong laa.' Azmi merayu. Tangan isterinya sempai di capai. Pergerakan Iffah berhenti. Azmi memusingkan badan isterinya untuk menghadap ke arahnya.

'Apelagi awak nak? Puas hati? Saya tau saya tak boleh layan awak, tapi tak perlu la layan perempuan lain, awak ingat saya ni apa? Memang saya ni tempat pemuas nafsu awak semata ke? Bila saya dah memboyot macamni awak cari oranglain? Macamtu? Kalau awak tak boleh fikir maruah saya, fikir sikit maruah awak, maruah awak sebagai suami. Saya baru macamni awk dah curang, bila anak ni dah keluar awak terus tinggal saya? Macamtu? Lepaskan saya sekarang lagi elok, biar la anak ni taktau ayah dia macamni..' Iffah menghambur segala kemarahannya. Airmata tak berhenti mengalir. Deras. Tuhan saja yang tahu perasaannya kini.

Azmi tergamam.

'Sayang, jangan cakap macamni, b sayang sayang. B kena perangkap dengan Farah. Okay b mengaku b jumpa Farah malam tadi,jumpa untuk setelkan masalah, b risau bila sayang mengamuk semalam tanya pasal mesej tu, padahal b tak pernah jumpa dia pun sebelum ni.. B..
'Sudah la. Takyah nak jelaskan, tak penting, awak puashatikan buat macamni, so please let me go.. ' Sebak hatinya.

'No! B tak kan lepaskan sayang, b sayang sayangg. Maafkan b sayang!' Azmi merayu, perasaan bersalahnya membuak bila nampak muka sembab isterinya.

Iffah pantas menepis tangan Azmi, dia memusingkan badan, tidak semena entah macam mana dia tersilap langkah, lalu tubuhnya jatuh tersembam. Kepalanya terhantuk ke lantai. Terasa bahagian perutnya sakit yang tak pernah dirasai, di sentuh bahagian pahanya, terlihat cecair merah mengalir. Pandangannya kabur, terus tidak sedarkan diri.

Azmi terpempam, dia tak sempat menyambut tangan isterinya, kini dia terlihat ada darah merah pekat mengalir di celahan kaki isterinya. Azmi jadi serba salah, di pangku isterinya yang sudah tidak sedarkan diri dengan mata tertutup rapat.

'Sayang, bangun sayang, jangan tinggal b. B minta maaf sangat.' Azmi risau dan pantas mencapai tudung apa ada untuk isterinya, dan mencampung isterinya, laju dia menuruni anak tangga. Di capai kunci kereta. Diletakkan isterinya dibahagian penumpang, Azmi terus meninggalkan perkarangan rumahnyaa.

'Tahan sayang, sayang kuat..' sempat Azmi menoleh ke arah wajah isterinya yang sudah pucat. Ya Allah, kau selamatkan lah nyawa isteri dan anak di dalam kandungannya Ya Allah. Azmi berdoa di dalam hati.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now