BAB 36

9.4K 45 3
                                    

Pintu bilik yang menempatkan Iffah dikuak perlahan. Langkah Dato Helmi, Datin Azimah dan Azmi di atur perlahan kerana tidak mahu mengganggu Iffah. Dilihat sekujur tubuh, kaku terbaring di katil, wajahnya pucat seperti tiada darah. Terlihat wayar berselirat di tubuh kecil itu, ditangannya pula terdapat saluran jernih untuk memasukan air ke tubuh badan kecil molek itu yang nampak lemah tidak terdaya. Azmi simpati dengan keadaan isterinya. Dicium lembut ubun-ubun kepala isterinya. Dato Helmi dan Datin Azimah memandang sayu keadaan anak menantunya.

Azmi menarik kerusi disisi isterinya, disentuh lembut jari jemari halus isterinya yang pucat lesi. Dipandang wajah isterinya itu, timbul rasa bersalah pada dirinya, kerana perbuatannya kini isterinya yang menanggung sakit, paling berat untuk dia terima adalah dengan kehilangan anak-anaknya yang masih dalam kandungan. Tidak sempat untuk melihat anak-anak hasil dari benih cinta mereka berdua. Azmi menyesal dan sangat-sangat menyesal. Dirasakan cecair jernih mengalir di tubir matanya, sudah ditahan tetapi tetap juga tidak mampu ditahan untuk terus mengalir.

'Sayang, bangun sayang. B datang ni, mama dengan papa pun ada ni. Bangun sayang. Hmm'. Tangisannya ditahan. Dia tidak mahu nampak lemah didepan papa dan mamanya. Dato Helmi hanya memandang sebak. Datin Azimah mengusap bahu anaknya, dengan harapan anaknya itu kuat melalui dugaan ini. Hatinya turut tersentuh.

'Sudah nak, biarkan Iffah berehat dulu. Nanti die bangun la tu, kita doa banyak-banyak ye sayang. Keadaan Iffah pun masih lemah. Sabar ye nakk..' datin Azimah menenangkan anaknya. Sebak.

'Mirul salah maa. Mirul dah bunuh anak-anak Mirul. Mirul kejam maa. Mirul tak layak jadi papa kepada anak-anak tu, Mirul tak layak jadi suami kepada Iffah. Mirul jahat maa, Mirul jahat. ' makin kuat tangisan Azmi. Dirinya penuh dengan kekesalan. Semuanya salah Farah, Farah tak guna. Kalau bukan sebab Farah mesej malam tu, benda ni semua tak jadi. Sial punya betina. Desis geram hatinya. Dia pantas mengelap sisa airmatanya. Pantas bangun dari tempat duduk dan meminta diri untuk keluar.

'Mama, papa. Mirul keluar sekejap. Ada pape pekembangan pasal Iffah bagitahu Mirul ye. Assalamualaikum paa, maa..' terus dicapai tangan orang tuanya untuk salam dan terus hilang di pandangan. Datin Azimah dan Dato Helmi pelik dengan perubahan anaknya.

Kini Datin Azimah mengambil alih tempat duduk Azmi tadi, disentuh perlahan jari jemari menantunya. Semoga kuat melawan kesakitan anakku. Bisik Datin Azimah dalam hati.

***
Haa, maaf lambat, sis dah elok sikit, thanks utk yg doakan kesembuhan sis. Alhamdulillah okay dah sikit rasanya. Cuma malam je on-off lagi demam. Adehh. Emm kalini keadaan suasana sayu je, yela dalam hospital kan. Iffah masih tak bangun lagi, Dato Helmi pun mcm takde dialog sangat, Datin Azimah je yg kaya dengan airmata. Hm so tunggu next bab. Sorry kalau ade typo. Hiks! Jari kembali mokmok semula. Haihh.
Much lebleb. Lai silang kaki, cia cia ciaaa.

BAHAGIA MILIKKUWhere stories live. Discover now