4|Sufi Afina

1.5K 43 2
                                    

Abah memandang anak-anaknya satu persatu . Beliau dan umi duduk di sofa berwarna merah hati . Manakala anak-anaknya duduk di atas karpet kelabu yang lembut . Mad dengan songkoknya , mengorek hidung . Lalu di telitinya ketebalan tahi hidung itu dibawah cahaya lampu . Adami yang duduk bersila di sebelah Mad hanya mengeleng . Adami memandang ke kanan , jelas kelihatan Sufi mengantuk . Tersenguk-senguk kepalanya menahan dari rebah . Sufi yang duduk bersila itu kelihatan sangat comel dengan warna bajunya yang kontra dengan tudung .

" Bukkk " Semua penghuni rumah teres dua tingkat itu memandang tepat pada sekujur tubuh yang terlentok lena di atas karpet . Sufi .

" Ya Allah anak bertuah .. Macamana abah nak teruskan macamani . Kakak kamu ni Mad memang tak makan saman betullah . Boleh pulak tertidur time ada meeting keluarga ni . Haihhh " keluh abah . Dia hanya mengeleng . Kesian dia melihat anaknya itu . Mengantuk sampai tak ingat dunia . Dah terlentok kat karpet pun masih taksedar . Hailahh Sufi . Kau ni memanglah ...

" Okay macamnilah . Esok abah dengan umi cuti kerja . Jadi , meeting keluarga ni abah tangguhkan . Abah nak jumpa Mad , Sufi dan Adami esok pukul 10 lepas sarapan . Shaaarrpp ! Faham ? " abah memberikan arahan seperti Komando 69 yang terkenal dengan ketangkasan dan keganasan dalam mencengkam musuh .

Beliau memandang tajam setiap anaknya . Dari kiri , Mad , tengah Adami , dah akhir sekali anak daranya , Sufi .

' Alahai Sufi ... Siap meleleh air liur kau nak .. ' desis abah dalam hati . Air liur Sufi kelihatan laju keluar dari mulutnya tanpa diundang . Sufi langsung tidak berkutik .

" Dah , pegi tidur . Mad , esok kejut kakak . Bagi tahu abah nak jumpa pukul 10 okay ? Adami kalau nak apa-apa , panggil je Mad . Bilik dia sebelah kamu je . Abah dengan umi naik dulu . Assalamualaikum . " abah berdiri di ikuti umi . Umi hanya berdiam diri . Baginya ,urusan keluarga ini biar suaminya saja yang selesaikan . Kerana ini kemahuan suaminya .

" Yelah .. Waalaikumsalam abah , umi " Mad dan Adami menjawab salam serentak . Mereka menyalam abah dan umi . Sudah menjadi tradisi keluarga mereka , salam abah dan umi sebelum tidur . Apatah lagi ketika mahu keluar rumah . Itu sudah menjadi kewajipan bagi mereka bertiga . Tetapi ini baru untuk Adami, bersalam sebelum tidur . Jadi dia harus membiasakan diri bila bersama keluarga angkatnya .

Sufi hanya di biarkan di ruang tamu . Adami yang melihat keadaan Sufi yang berlipat kakinya itu , meluruskan kaki Sufi . Bantal kusyen kecil di ambil , lalu kepala Sufi diangkat dah diletakkan diatas bantal kusyen kecil .

' Kesian pulak aku tengok budak ni lahai . Mesti sejuk .. ' desis Adami dalam hati . Dia berjalan ke bilik Mad . Untuk meminta kebenaran mengambil selimut untuk kakaknya . Lagi pun dia tidak tahu di mana bilik Sufi .

" Tok tok tok " ketukan di pintu bilik Mad cukup untuk didengari oleh Mad . Perlahan pintu bilik dibuka .

" Eh Adami . Asal kau taktidur lagi .? Kau takut ke ? Jangan risau sini takde hantu . Abah dah buat kenduri haritu .Dah khatam sangat buat kenduri kat sini .Banyak kali dah " bebel Mad sambil mengosok matanya . Maklumlah , baru saja dibuai mimpi yang membawa Mad ke Paris , sudah dikacau oleh Adami . Masa tu dia bermimpi mendaki gunung sambil makan aiskrim . Aik taklogik mimpi si Mad ni .

" Errr taklah . Aku taktakut hantu pun . Ni Mad , kakak kau tu takkan nak biar terbongkang macam tu je . Dah macam ape aku tengok . Aku datang ni nak ambil selimut Sufi . Lagipun aku taktahu bilik dia kat mana ." tutur Adami sambil mengaru keningnya . Sedikit kelakar apabila Mad mengatakan dia takut hantu . Hehhh ni Adamilah . Sado . Tinggi . Takkan takut hantu . Kalau ade depan mata aku , aku pijak je hantu tu . Wahahaha . Eleehhh . Berlagak eh kau Adami ?.

" Oh eh . Haa kau pegi naik atas , kat depan pintu dia ada gambar dia pakai baju silat . Tu bilik dia .Lepas kau keluar , kau tutup balik tau . Dia pantang pintu bilik dia terbuka " Mad memberi arahan .Dia sudah bersandar di pintunya .

' Mengantuk gila babeeh aku ni oii ' omel Mad dalam hati sambil menguap . Boleh masuk penumbuk Adami ke dalam mulutnya ni .

" Haa yelah . Terima kasih . Kau gelah tidur . Eh kau menguap tutuplah mulut bau bangkai tikuslah Mad .. " usik Adami sambil berlalu naik ketingkat atas .

Mad hanya mengangguk . Menutup pintu perlahan-lahan .

" Huaarrgghhhh " kuapan Mad mengejutkan Dido yang turut tidur dibiliknya . Bergegar telo Dido terkejut . Buntang matanya . Mad hanya buad bodoh . Dia menghempaskan dirinya diatas katil . Sesaat sudah terlena kembali .

" Oh ni bilik dia ... " Adami sampai didepan bilik Sufi . Dia memandang gambar Sufi yang bersilat itu . Nampak sangat ganas pada pandangan matanya . Walaupun ganas , masih terserlah kecomelan Sufi . Sufi mengenakan baju silat berwarna hitam . Tali pinggang merah . Kaki kanannya dia angkat setinggi yang mungkin . Lurus . Kaki kirinya menahan badannya dari terjatuh . Tangan kanannya mengenggam erat sebatang kayu buluh , manakala tangan kirinya memegang kepala . Ape ? Biarlah . Masa tu dia nak betulkan tudung . Dah macam beruk Tuk Budin belakang rumah Sufi gayanya . Mukanya yang dicalit pewarna hitam seperti askar itu direnung Adami . Bengis betul . Macam tenuk berak kapur .

Adami hanya mengelengkan kepala . Dalam fikirannya hanya berlegar macamanalah bakal suami Sufi ni .. Mesti tiap hari kena belasah dengan Sufi . Kalau curang lagi takboleh . Boleh koyak biji mata kena tumbuk ni . Adami hanya mengeleng . Nauzubillah....

Adami memulas tombol pintu milik Sufi .. Selepas memberi salam . Adami memetik suis lampu . Terang-benderang bilik Sufi .

" Umm wangi ... Wah kemasnya .. " puji Adami tanpa sedar . Dia begitu teruja masuk kebilik Sufi . Maklumlah selama dia hidup , dia mana pernah masuk bilik perempuan lain . Selain neneknya dikampung .

Tiada apa yang menarik perhatian Adami dalam bilik Sufi . Kecuali , gambar yang terletak dia atas meja belajar Sufi .

Gambar Sufi ketika pakai baju sekolah berwarna biru .

' Pengawas rupanya ' desis hati Adami . Disebelahnya , seorang lelaki tersenyum sambil memandang Sufi . Hanya Sufi memandang kamera . Terpancar kebahagiaan di wajah mereka ..

" Boyfriend dia ke ? Takkan lah . Sape je nak Sufi yang kasar tu ? Macam tomboi " kutuk Adami sendirian . Puas melihat bilik Sufi , dia mencapai selimut Sufi berwarna ungu gelap . Sentimental betul . Semua nak gelap . Nasib baik warna biliknya warna merah hati . Eh gelap jugakkan ?.

Adami menuruni tangga perlahan .
Menapak ke ruang tamu . Sufi masih tidak bergerak . Adami menggeleng kepalanya . Adik siapalah ni . Haihh . Adik akulah . Sibuk je kauu ni .

Adami menyelimutkan Sufi perlahan ... Ditenungnya muka Sufi dibawah cahaya samar-samar dari lampu dapur .

' Cantik ' desis hatinya . ' Astagfirullah .Adik kau tu mangkuk . Aku tampar kau kang Adami ' Adami mengutuk dirinya sendiri . Pipinya ditampar kuat olehnya . Baru sedar sikit . Dia memeriksa suis televisyen untuk memastikan sudah tertutup . Lalu melangkah kebiliknya dengan seribu perasaan . Entah bagaimana dia menghadapi hari-harinya yang akan datang dengan keluarga angkatnya .. Adakah bahagia atau sebaliknya .

Sambut Cintaku SayangWhere stories live. Discover now