9| Keluar

1K 36 0
                                    

" Makngah , harini jom pergi jenjalan nak ? Makngah cutikan ? Jomlah Makngah . Pleaseee " rayu Sufi kepada makngahnya yang sedang duduk di ruang tamu kondominium 21 tingkat itu . Rumah makngah di tingkat 7 . Makngahnya hanya diam . Angguk tidak , geleng pun tidak . Dia saja mahu mendera perasaan anak buahnya .

Encik Zulhelmi dan Ummi Aisyah sudah pulang ke kampung semalam setelah menumpang tidur di rumah adiknya , Makngah Leha . Sempat lagi abah berpesan kepada makngah supaya cepat-cepat mencari suami , kerana umur makngah bukannya muda lagi . Dah dekat 40 tahun .. Masuk angin nanti huhu .

Adami pula sudah pulang ke rumahnya di Damansara . Kerjanya terlalu banyak . Nasib baik ada orang kanannya yang dipercayai mengantikan tempatnya sementara waktu ketika dia cuti seminggu balik ke kampung abah .

" Sufi nak pegi mana ? Makngah penatlah Fie .. Sufi ajaklah abang . Abang harini kerja , tapi malam dia free kot . Yelah .. Orang besar ...." tolak makngah . Makngah bukan tidak mahu menemani Sufi keluar , tetapi dia betul-betul penat . Kerjanya sejak kebelakangan ini menimbun di pejabat .

Makngah yang bekerja sebagai peguam itu hanya mempunyai sedikit waktu untuk berfoya-foya . Waktu free makngah lebih gemar dibazirkan dengan tidur . Yelah . Peguam , kena banyak fikir . Otak nanti semput kalau jarang tidur .

" Ape makngah ? Abang orang besar ? Abang kerja apa makngah ? " Berkerut dahi Sufi bertanya . Dia ingin tahu kerja Adami . Haritu abangnya tidak memberi tahu kerjanya ketika meeting keluarga .

' Yessss ! Ini masa yang sesuai untuk aku tanya kerja Adami dekat makngah ' desis hati Sufi sambil otaknya ligat berfikir pekerjaan Adami .

" Eh abah takbagi tahu ke ? Abang Sufi tu kerja pejabatlah . Sebagai pengurus syarikat arwah ayahnya . CEO Cleopatra Holdings . " terang makngah kepada Sufi yang terkejut dengan pernyataannya .

' Like seriously ? Wowwww !! ' Sufi menjerit dalam hati sambil menggeleng kepala . Dia tidak percaya dengan pekerjaan Adami . Tapi takmustahil . Out fit Adami juga seperti lelaki berkerjaya . iPhone milik Adami bukan seringgit dua . Abah kata kereta Adami bukan proton saga atau Alza . Tetapi lebih mahal dari itu . Mercedes mungkin ?. Kalau yea , aku nak naikk !!

" Apa yang digelengkan tu Fiee . Dah . Pegi tengok sape datang . Ade orang tekan loceng tadi makngah dengar . Makngah nak pi toilet sat . " suruh makngah yang sudah masuk kebiliknya .

Sufi hanya mengangguk . Dia melangkah lemah ke arah pintu .

' Sapelah yang ganggu ketenteraman awam ni ? Aku lesing juga kang ' rungut Sufi yang sudah berada didepan pintu makngah . Yelah . Takkanlah depan pintu rumah kau . Hadei .

Sufi mengambil tudung sarung yang di sangkut dibelakang pintu . Untuk tujuan kecemasan . Sufi melihat seekor makhluk dari celah lubang di pintu . Makhluk itu besar dan tinggi . Tapi hensem . Eh kau gila ke Fie ??

" Assalamualaikum .. Makngah ." salam diberi oleh makhluk itu . Sufi sudah berdebar . Dia masih dibelakang pintu .

' Nak buka ke taknak . Nak buka ke taknak ' Sufi berteka-teki sendiri . Dia tidak tahu samada mahu buka atau tidak . Dia takut kalau-kalau makhluk itu terus menerkam dia kalau dia membuka pintu . Sufi sudah berkira-kira mahu buka pintu .

Sufi mengambil keputusan drastik . Dia membiarkan kunci pintu terbuka . Dia mahu menangkap makhluk yang menggangu ketenteraman manusia sejagat itu .

Sufi menyorok di dalam bilik di sebelah pintu . Bilik itu adalah khas untuk stor . Semua barang makngah yang tidak dipakai seperti komputer dan kipas disimpan disitu .

Diambilnya sehelai kain yang bersaiz tuala untuk menekup mulut makhluk itu .

" Kreekk " pintu rumah dibuka perlahan dari luar . Tanpa suara . Senyap . Sepi . Bisu . Pekak . Pekak tu Sufi .

Sambut Cintaku SayangWhere stories live. Discover now