6|Gaduh lagi

1.3K 34 2
                                    

Media adalah gambaran Adami :) .

" Bruuumm brummmm " Sufi menghidupkan motor milik adiknya . EX 5 yang dibeli oleh abahnya ketika Mad masih di tingkatan tiga . Abahnya sudah tidak larat menghantar dan mengambil Mad setiap hari dari sekolah . Jadi abah membeli sebuah motorsikal untuk adiknya yang sudah berusia dua tahun itu . Lagipun , abah semakin sibuk dengan urusan restorannya .

" Brrruuummmmm cheeetttt " Sufi memulas pedal sekuat hatinya . Sekejap memulas pedal , sekejap menekan break . Dia memang saje je dengki dengan adiknya . Mahu saja dia merosakkan motor adiknya kerana teringat kejadian dua hari lepas .

' Nasib baik takpatah tulang belakang aku . Ada adik , adik macam kerbau . Boleh pula dia baling aku macam batu kat sofa . Hishh ' dengus Sufi dalam hatinya .

" Oi oi oi kau nak pegi mana tu ? Eh banyak hodoh muka kau pakai motor aku ! Bakk sini kunci ! Nanti kau majal motor aku , macamana aku nak pergi sekolah ha mangkuk ? " bebel Mad yang baru siap membuat kerja sekolahnya . Harini cuti sekolah . Hari ahad . Maklumlah , pelajar SPM .

Tadi dia terdengar bunyi motornya , berkerut dahinya memikirkan siapalah yang berani mengacau motor kesayangannya tu . Umi ? Nauzubillah .. Mad menggeleng . Dia tak dapat bayangkan kalau umi yang naik motor .. Dengan tudung labuh umi tu . Fuhhh . Berkibar macam bendera Malaysia nanti .

Firasatnya mengatakan kakaknya yang menyentuh motornya . Dia sorang saja yang tahu tempat letak kunci motornya termasuk umi dan abah . Terbeliak matanya apabila sesampai di muka pintu , kakaknya sedap memulas pedal motornya sekuat hati .

' Kalau rosak sape nak bayar ?! ' bentaknya dalam hati . Abah kaulah . Haihh kau ni Mad .

" Alaaaah kau ni . Aku pinjam kejap je pun . Aku belum jenjalan pi memana lagi . Pinjam la kejap . Kau tak bagi , aku pecah muka kau nanti " Sufi sudah bersedia untuk merempit . Di halanya penumbuknya ke arah adiknya . Mata adiknya masih biru akibat penangan penumbuknya . Matanya membulat . Dia memang pantang kalau kemahuannya tidak dituruti . Dia ingin keluar sekejap . Niatnya cuma satu . Dia ingin ke satu tempat di mana telah merubah kehidupannya .

" Alaaaa Fieee kau mana tahu bawa motorrrr ! Bagilah kunci motor akuuu ! " merah padam muka Mad menahan geram . Dia membaling selipar milik uminya ke arah Sufi . Sufi mengelak dengan memulas pedal motor sekuat hati . Sufi tahu membawa motor .Ya dia sudah ada lesen kereta dan motor , cuma Mad tu .. Haihh dengki takhabis .

" Wahahaha tak kena . Mad , aku pinjam kejap motor kau eh " Sufi sudah bersiap sedia untuk bergerak . Helmet separuh berwarna kuning dipakai . Penyek tudung bawal dipakainya . Pandangannya sudah terarah ke jalanraya .

' Aku datang babe . Tunggu aku ' niatnya dalam hati .

" Boleh . Sufi boleh pergi , tapi bawa Adami sekali . Kalau taknak , takpayah pergi memana . Abah tak izinkan " abah menuruni tangga dengan Adami , di belakangnya Mad sudah tersengih macam tikus mondok .

" Alaaaa bah . Kakak nak pergi merempit sensorang kejaplah .. Dah lama kakak tak merempit ni ... Nak round kampung . Nak jumpa Milah anak pakcik kepala kemek " alasan Sufi kepada abah . Dia berharap abah tak memaksanya membawa Adami bersama . Motor EX 5 milik adiknya dah la nampak usang pada matanya . Bukan usang sebenarnya . Tapi lumpur yang terpalit di bahagian bawah motornya tidak dibersihkan oleh Mad . Biasalah lelaki .

" Adami tu berat bahh , nanti semput motor Mad kalau dia naik " jelas Sufi sambil menjeling badan Adami . Adami hanya diam . Senyum tidak . Marah pun tidak . Dia macam mayat hidup , cuma matanya yang dari turun tangga tadi merenung Sufi .

' Badan macam orang bina badan . Berketul . Geli aku tengok ' kutuk Sufi dalam hati . Dia anti betul lelaki berbadan sado . Geli .

" Amboi sedap mulut kamu cakap macam tu kat abang yea .. Kalau rosak , abah ganti balik . Apa susah . Dah cepat pi bawa Adami ronda kampung " abah memaksa anak daranya . Muncung sedepa mulut Sufi . Memang minta menampar betul . Dia taknak Adami ikut . Dia nak bersendirian . Sudah lama dia tak ronda kampungnya .

Sambut Cintaku SayangWhere stories live. Discover now