20|Risau

38.5K 44 1
                                    

" Abang .. Dah pukul 12 lebih ni . Takkan takde panggilan telefon dari Sufi langsung bang ? Dari balai polis pun takde . Abang .. " umi mengogoi menangis macam budak kecil takdapat aiskrim . Tapi masalahnya umi dah tua . Huhu . Yelahhh . Anak dia hilang . Kau nii . Beliau sedih . Beliau mahu anaknya kembali .

Selepas balik ke rumah tadi , abah dan Adami keluar balik nak buat report kehilangan Sufi . Dekat dua jam juga abah dan Adami berurusan dengan polis . Sufi sukar dijejaki kerana semasa Sufi pergi ke tandas , dia tidak membawa telefonnya dan purse miliknya . Mungkin kalau Sufi bawa telefonnya , ada peluang untuk menjejaki Sufi . Tapi ni . Haihhhh . Sufi hilang tanpa sebarang petanda . Semua barang penting tidak di bawanya .

" Sabar la umi . Kita doa banyak-banyak minta petunjuk okay .. Kita dah usaha . Apa lagi yang kita boleh buat selain doa dan tawakal . " abah mengenggam erat tangan umi . Umi disebelah sudah merah mukanya menangis .

" Abah . Mad kat kampung sensorang kan ? Dah bagitahu dia pasal Sufi ? " tanya Adami yang sedang duduk didepan abah dan umi . Abah diam . Beliau merenung karpet lembut berwarna coklat kekuningan di kakinya .

" Abah takbagi tahu lagi .. Esoklah abah call Mad . Adami pergilah tidur . " abah memberikan jawapan . Adami tidak mengangguk atau menggeleng . Dia memikirkan sesuatu . Dia ingin bertanya kepada abah hal mustahak .

" Abah .. Pernikahan Adami dengan Sufi tangguh ke ? Kalau tangguh , saya ambil Mad kat kampung kejap lagi . Lagipun esok Mad cuti sekolahkan ? " merah muka Adami . Menahan malu apabila pertanyaannya membuatkan abah mengangkat mukanya memandang Adami .

" Abah mintamaaf Adami . Semua yang berlaku atas kehendak Allah . Kita merancang , Allah yang tentukan . Nampaknya pernikahan Adami dengan Sufi tertangguh lagi nak .... Sufi pun takdapat dikesan lagi .. " sendu wajah abah melontarkan suara . Di pandang wajah Adami yang kepenatan .

" Pasal Mad tu , esok jelah Adami ambil dia . Adami penatkan ? Pergilah rehat dulu . "

" Baiklah abah . Adami terima . Adami akan berusaha cari Sufi bahh . " Adami meraup muka . Tangannya disatukan . Digenggam erat . Semangatnya untuk mencari bakal isterinya , Sufi semakin membara .

" Abah . Adami tak rasa penat lagi . Takpelah . Adami ambil Mad malam ni boleh bah ? " pujuk Adami . Dia memang betul-betul tidak penat . Mungkin wajahnya yang tidak bermaya menampakkan dia kepenatan .

" Yelah . Adami hati-hati bawa kereta . Suruh Mad kunci pintu , check semua suis kat rumah tu . " abah mengangguk memberi kebenaran . Umi yang terlentok disebelahnya yang kepenatan menangis di pandang kasih . Masih ada sisa air mata ditubir mata beliau .

Adami hanya mengangguk . Dia berdiri untuk kebiliknya di rumah makngah . Makngah memberikan Adami bilik sebelah bilik Sufi . Makngah kata , senang nanti untuk dia pantau Sufi kalau Sufi nakal .

Masa makngah cakap tu , muka Sufi cemberut macam tertelan pasir . Adami hanya tersengih suka .

Semasa lalu di depan bilik Sufi , hidung Adami terbau wangian minyak wangi yang selalu Sufi gunakan . Hatinya sebak . Tubir matanya bertakung dengan mutiara jernih . Hatinya meronta kerana rindu yang membuak . Jiwanya kacau . Dalam hati dia berdoa semoga Sufi selamat dimana saja dia berada .

Pintu bilik Sufi yang sentiasa ditutup direnung . Semakin lama air jernih di tubir matanya makin banyak bertakung . Adami sedih . Tapi dia harus kuat demi mencari Sufi .

Setiap kali berdepan dengan Sufi , egonya hancur musnah lebur . Dia bagaikan di awangan apabila Sufi memandangnya dengan pandangan marah sekali pun .

Adami terkenang segala memori dia bersama Sufi . Dipukul . Memukul . Terpukul . Semuanya manis walaupun sebenarnya sakit . Adami tersenyum sendirian .

Air matanya jatuh tanpa dapat ditahan . Tangannya digenggam erat . Dia menundukkan wajah . Diketap bibirnya apabila air mata jantannya mengalir laju . Dia berdiri tegak . Macam tiang bendera tu .

' Sufi sayang .. Adami akan cari Sufi . Adami janji . ' di angkat mukanya memandang pintu bilik Sufi . Masih terasa kelibat Sufi di dalam bilik itu .

Air matanya yang masih bersisa di lap menggunakan belakang tangan , iPhonenya di keluarkan . Nombor adik angkatnya di dail .

" Assalamualaikum . " Adami memberikan salam apabila talian bersambung . Berkerut dahinya menahan rasa .

" Waalaikumsalam . Cari siapa ? Kakak saya ? Maaf . Salah nombor . Kakak saya pun tengah tidur . Esok jelah awak call balik . Okay bai " talian di matikan .

Berkerut dahi Adami apabila jawapan sesengal itu diterima . Dia berjalan masuk ke bilik . Duduk diatas katil . Sambil membelek telefonnya .

Diperiksa nombor yang didailnya tadi .

' Betullah ni . Apesal dia cakap macam tu ? Pikir kakak dia kat kampung ke apee ? Haihhh nak kena budak ni ! ' omel Adami sendirian .

Di dail semula nombor berkenaan . Lama jugalah tunggu . Sehingga suara serak basah kedengaran .

" Hello . Ha ? Topup takde . Kakak saya pun takjual topup . Esok jelah awak call . Saya busy . Busy tidur . Assalamualaik--- "

" Oi oi Mad . Kau kenapaaaa ?! Ni abang kau lahh . ", belum sempat talian di matikan , Adami mencelah . Adami mengeleng kepala . Macamlah Mad nampak eh Adami .

" Err . Abang ? Maaf . Saya ada kakak je . Abang takde . " Mad masih lalok . Suaranya betul- betul macam suara orang mengantuk . Terdengar bunyi kuapan dari Mad .

Adami yang mendengar hanya tergelak kecil . Di garu pipinya apabila seekor nyamuk dok sedap je hisap darah manis Adami . Gatal nyamuk ni . Aku dapat aku tekan sampai rata .

" Mad . Kau bangun sekarang ! Abang nak ambil kau kat kampung ni ! Abah suruh . " suara Adami keras . Supaya Mad bangun . Mahu saja di luku kepala Mad apabila dia cakap dia takde abang .

' Habis aku ni apee ? Moyang diaa ? ' sempat Adami bertanya soalan menguji minda . Kesian betul .

" Ehh . Abang Adami ? Apee abang cakap tadi ? Tak dengar " Mad mendengus . Dia mula memberikan perhatian . Sedikit marah apabila tidurnya terganggu .

" Abang "

" Cakap "

" Kau "

" Bangun "

" Sekarang "

" Abang "

" Nak "

" Pergi "

" Ambil "

" Kau "

" Kat "

" Kampungg !! "

Satu-persatu perkataan di keluarkan . Adami geram . Mahu saja di tenyeh mata Mad dengan selipar jepun .

" Ish malam ni juga kee ? Hishhh yelahh . " dengus Mad kuat . Dia marah kerana tidurnya terganggu .

" Kau jangan banyak alasan . Aku ambil kau kejap lagi . Pergi siapp !! " talian dimatikan tanpa sempat Mad bertanya lebih lanjut . Adami akan terangkan kepada Mad nanti didalam kereta kenapa abah suruh dia mengambil Mad .

Adami memasukkan telefonnya di poket seluar . Dia mengemas katilnya yang sedikit berselerak . Di ambil barang penting . Kunci kereta semestinya . Dia keluar dari bilik .

Adami melihat ruang tamu sudah kosong . Hanya lampu malam saja terpasang . Di toleh ke bilik umi dan abah . Sudah ditutup .

' Dah tidurlah tu ' monolog Adami sendiri . Dia berjalan menuju ke pintu rumah . Di sarung kasut converse berwarna merah hati . Kasut yang sama dengan Sufi .

' Sufi ' desis hati Adami . Dia meraup muka . Sememangnya kehilangan Sufi telah menarik separuh dari semangatnya . Jiwanya meruntun . Meronta . Dia seperti mayat hidup .

Kalimah bismillah menjadi pemula perjalanan dia ke kampung . Dia menuju ke lif . Dan butang ' G ' ditekan .

Adami masuk ke keretanya . Jam ditoleh .

" Pukul 3.15 pagi . Patutlah Mad merapu je . Dah pukul 3 rupanya ... " Adami mengeluh kecil . Dia memikirkan bagaimana reaksi Mad bila dah tahu kakaknya hilang . Dia menghidupkan enjin kereta . Dia keluar dari kondominium makngah dengan harapan selamat sampai ke kampung .

Sambut Cintaku SayangWhere stories live. Discover now