7|Arahan abah

1K 39 3
                                    

" Assalamualaikum .. Abah umi . Dah lama balik ? " Adami memberi salam apabila sesampai di muka pintu . Sufi hanya mengikut di belakang . Dia ingat pesanan Adami supaya diam je kalau abah tanya pasal lebam di muka Adami dan luka di dahinya .

" Waalaikumsalam ... Haa meh dudu-- Eh Ya Allah Adami .. Apa dah jadi dengan muka kamu ni nak ? Allah Fie !! Kenapa dahi kamu berdarah !!? " abah sudah membuntangkan matanya . Jelas riak terkejut di wajah tua nya . Umi disebelah hanya mengeleng kepala . Yelah , takkan geleng lutut pula . Aku luku kepala kau kang .

" Sudah la tu abah .. Biar meka duduk dulu . Basuh kaki dulu kakak , Adami . Lepas tu baru sapu ubat . " umi menegur anaknya . Dia sudah lali kalau Sufi dan Mad luka . Tapi Adami tu .. Haihh .. Masih baru lagi untuk Sufi sepak terajang .

Sufi dan Adami hanya menurut . Masing-masing tiada perasaan . Apalah nasib . Semasa pergi untuk membasuh kaki , sempat lagi adegan jeling-menjeling diteruskan .

' Kau pikir abah nak backup kau ? ' Sufi sudah menghantar isyarat mulut . Ligat otaknya mencari jalan keluar supaya tidak dimarahi oleh abah . Mesti abah sudah tahu dia yang membuatkan muka Adami membiru ditumbuk .

' Kalau yea pun kau nak buat ape ? ' Adami membalas melalui isyarat mulut juga . Dua dua sudah berdiri tegak selepas membasuh kaki diluar rumah . Belakang dapur terletak paip serbaguna . Untuk ambil wuduk boleh . Mandi boleh . Cuma nak buang air besar je takboleh . Takde toilet .

Mereka tahu . Pertumpahan darah akan berlaku lagi . Masing-masing sudah lali dengan perangai buas mereka . Adami berdiri bercekak pinggang . Pipinya yang biru di tumbuk tidak di pedulikannya . Sufi sudah membetulkan tudungnya . Bukan nak ngorat Adami okay , tapi untuk pemandangan yang lebih luas .

" Sufi ! Adami ! Sudah-sudahlah tu nak ..... Degil betullah . Cepat duduk kat ruang tamu ! Ade benda abah nak bagitahu " abah berdiri di depan Sufi dan Adami . Mereka taktahu bila abah ada disitu , tetapi mereka kecewa . Sangat . Kerana tidak dapat meneruskan cakaran padu mereka .

Sufi dan Adami membontoti abah ke ruang tamu . Adami dibelakang abah . Sufi dibelakang Adami .

Sufi mengambil kesempatan ini untuk membalas perbuatan Adami yang mencederakan dahinya . Baginya , Adami sengaja menyepak batu itu . Sufi menyilangkan kaki kanannya untuk menyadung kaki kiri Adami . Adami yang terkejut sempat mengimbangkan badannya dari terjatuh . Adami tidak berdiam diri , secepat kilat di pijaknya kaki kanan Sufi sekuat hati . Sufi menutup mulutnya dari menjerit . Digigit bibirnya . Mahu diterajang dia oleh abah kalau menjerit nanti . Merah mukanya menahan sakit .

Pandangan mata Sufi terarah pada Adami . Sekarang mereka berhenti didepan pintu bilik Adami yang terletak disebelah dapur . Hal ini mesti diselesaikan . Sama ada Sufi atau Adami yang terselamat atau kedua-dua tidak selamat dari pertempuran ini .

Adami geram dengan Sufi yang suka membelasah dia . Sufi bengang dengan Adami yang selalu mencuri pandang dia . Mahu saja dia gerudi biji mata Adami .

' Baruku puas ! Baruku puas ! Baruku puas ! ' jerit Sufi dalam hati .

Adami memandang Sufi tajam . Tanpa menunggu lebih lama lagi , sebelum berakhirnya hari ini , sebelum dia terkentut lagi , sebelum Sufi membelasahnya lagi , sebelum abah memanggil mereka lagi . Adami mendukung Sufi yang kelihatan terpinga-pinga itu .

" Woii turunkan aku lahh labuu " jerit Sufi . Dia sudah mencubit belakang badan Adami . Adami hanya buat bodoh . Dia tidak merasa sakit dengan cubitan Sufi . Rasa macam kena gigit semut je . Eh berlagak kau Adami .

" Subhanallah ! Muhammad Adami Haikal , Sufi Afina Nur Solehah cukup !!!!! " bergegar jantung Dido yang sedang enak mengawan kucing betina Pakcik Oman sebelah rumah . Terganggu konsentrasinya untuk mengawan .

Sambut Cintaku SayangWhere stories live. Discover now