12/17

1.3K 21 1
                                    

Pada ketika ini aku darjah enam. Hah. Ya aku darjah enam. Tak matang. Tapi walau aku tak matang aku ada perasaan. Aku perit.
Orang mungkin akan kata "apalah sangat masalah kecik"
Tahniah kepada org itu. Ya tahniah sebb tak ada perasaan. Kau tak faham perasaan aku. Umur 12 tahun, aku hampir hilang seorang ayah. Mungkin waktu itu aku masih dungu. Tak perlu ambil kisah pasal segala benda. Ayah aku dipenjara. Masalh kecil? Hah mungkin bagi kau kecil. Tapi aku tahu ayah aku tak bersalah.
Selama 3 bulan abah dipenjara. Kau tak rasa. Aku dah rasa dah peritnya ketiadaan abah di rumah. Peritnya menanggung malu, peritnya hendak menahan rindu. Kau tak rasa. Jadi kau senyap!
Tiap hari aku tunggu hari abah akan di bicarakan. Entah. Kau mungkin cakap aku tak ada perasaan. Namun jauh dilubuk hati aku, hanya tuhan yang tahu betapa sebaknya aku. Aku nak tatap muka abah pun tak sempat. Abah terus dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.
Abah diguami oleh pakcik aku sendiri, paksu. Paksu seorang yang pendiam dalam keluarga namun aku kagum dengannya kerana menjadi peguam ayah aku. Cuma sangkaan aku meleset sedikit sahaja. Aku sangka tiada bayaran untuk guaman keluarga, tapi duit lebih penting dari ikatan persaudaraan. Haha kelakar. Cukup kelakar. Tiada masalah dengan paksu cuma yang menjadi masalah ialah maksu. Maksu queen control. Segala kewangan paksu dia pegang. Wah. Hebat perempuan ni.
Hari demi hari berlalu tanpa aku sedari dan aku hiraukan. Abah dibebaskan. Saat itu aku rasa kehangatan pelukan seorang ayah. Aku rasa nikmat bersama yang tersayang. Aku takut, ya aku takut andai akan ada kehilangan. Dalam masa yang sama peperiksaan aku juga semakin hampir,UPSR.

GELAP [Completed]Where stories live. Discover now