12/17

1.2K 19 0
                                    

Tiba tiba didalam sunyi dingin malam, aku terdengar ketukan di pintu. Ha maksu rupanya. Nak datang melawat mungkin.

Kelakar sebab maksu datang bukan nak melawat tapi nak tuntut hutang dari mak. Ya kelakar kan manusia? Sanggup datang malam nak kutip hutang? Aku rasa cita cita maksu aku ni nak jadi ahlong kot.

Waktu tu aku duduk di bahagian belakang rumah. Maksu dan mak di bahagian ruang tamu. Aku boleh dengar perbualan mereka. Aku dengar tangisan mak. Siapa tak sebak dengar mak menangis? Aku duduk di belakang bersama along, akak aku. Dia pegang aku waktu itu. Air mata aku mengalir. Takpe kau mungkin tak faham perasaan aku waktu ni. Sumpah aku katakan aku nak ambil pisau di dapur dan bunuh maksu aku waktu tu jugak. Tapi ada along. Waktu tu dia yang pegang aku. Dia tahan aku dari membuka laci dapur dan ambil pisau disitu. Dia tenangkan aku. Along memeluk erat aku.

Tangisan aku masih tam berhenti. Aku mendengar tengkingan tengkingan di ruang hadapan. Bingit. Aku tutup telinga, aku cangkung. Aku menangis. Kau tak faham. Takpe aku tak perlukan empati kau.
Jujur aku cakap waktu tu aku stress. Kepala aku berdenyut laju. Cerebrum berdenyut. Aku rasa otak aku bagai nak berhenti. Sakit. Perit. Macam macam yang aku rasa sekarang ini.

Selepas berapa ketika, aku tertidur. Melayan kan persaan sebak dan hiba.

GELAP [Completed]Where stories live. Discover now