11,12/17

1.9K 21 0
                                    

Aku dah rosak. Aku rasa hina. Ya hina kerana dah melibatkan diri dengan perkara macam tu. Gelap hidup aku gelap. Perbuatan aku dengan faiz telah menyebabkan sexual orientation aku berubah. Aku minat kepeda lelaki. Geli. Ya geli. Ya aku rasa minat pada lelaki. Nafsu aku menguasai diri. Macam yang aku dah cakap, nafsu aku memang lagi kuat dari nafsu perempuan nak pergi shopping mall. Malu.

Aku cuba mencintai perempuan. Ya aku berjaya. Tapi walau macam mana pun aku tetap suka pada lelaki. Aku bisexual. Ya aku bi. Sakit bila fikirkan keadaan aku sekarang. Stress.

Tak cukup dengan keadaan stress yang aku alami, kini along pula disahkan masuk ke penjara atas kesalahan membawa dadah. 500g dadah. Berat. Kesalahan berat. Boleh membawa ke tali gantung. Aku taknak kehilangan along. Cukuplah apa aku rasa dah sekarang. Takkan aku nak kehilangan ahli keluarga pula.

Peritlah keadaan macam ni. Aku rasa macam dah taknak tanggungnya lagi. Along, buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke dalam penjara. Aku dan keluarga melawat along. Sebak, ya sebak. Fikirkan mengenai nasib yang menimpa along. Buntu. Buntu mak dan ayah nak fikirkan masalah yang kian muncul dalam keluarga. Selepas satu, satu lagi masalah yang timbul. Entahlah. Kami pun tak pasti kenapa along tergamak lakukan bende macam tu. Mungkin along ialah keldai dadah yang difitnah. Mungkin?

Hari demi hari berlalu. Aku menunggu masa Along dibicarakan. Mengharap along tak bersalah. Aku ingat lagi pakaian merah penjara yang along pakai. Along pastinya tersiksa. Tak dapat aku bayangkan kehidupan dalam tu. Pasti sunyi dan seram. Menjijikkan. Aku rasa macam kepala aku dah taknak tanggung lagi dah bebam keluarga ni. Banyak sangat masalah. Rasa macam nak mati.

Akhirnya along dibicarakan. Kami sekeluarga datang ke mahkamah, mengharap keputusan yang terbaik dari hakim. Aku tak tahu apa yang berlaku kat dalam mahkamah, yelah aku belum cukup umur. Tak boleh masuk kedalam mahkamah.

GELAP [Completed]Where stories live. Discover now