"Dalam satu bangunan berkejar kejar. Nak cari kehidupan lama aku. Nak buang jauh dalam gaung kegelapan. Tapi sayangnya aku sendiri termangu bangunan apa tu. Aku dikejar oleh satu makhluk yang entah macam mana besarnya. Dalam satu bangunan usang, besar.
Sampai satu tahap aku penat. Aku sembunyi kat tingkat atas sekali. Aku rasa macam nak menangis. Sunyi sangat. Apa makhluk tu? Apa dia nak dari aku. Pintu tingkat teratas terbuka luas. Makhluk itu masih nak mengejar aku. Kini aku dah berada kat penjuru bangunan. Masih dikejar. Tak ada pilihan lain. Mati di tangan makhluk itu atau mati begini. Aku terjun. Aaaaahhhhhhhhhh"
Zappp aku tersentak bangun dari tidur. Hari yang cantik kat sekolah baru. Sangatlah cantik. Macam biasa terbangun pukul 4:30 pagi. Aku terus mandi. Yang pasti mimpi tadi sangat menyeramkan. Aku penghuni putera3. Kami batch 99 merupakan batch pertama sehebat. Asrama empat tingkat tapi sayangnya guna hanya satu aras sahaja.
Yang pasti mimpi tadi tiada kaitan dengan hidup aku. Abaikan je. Mungkin? Tingkatan 1 tak susah mana, senang sangat. Seronok sangat. Tak banyak benda nak fikir. Apa yang aku perlu buat cuma abaikan rumah. Fokus kat sekolah je. Ya sebab tu lah tujuan aku dihantar ke SEHEBAT. Tak yah nak fikir pasal rumah. Tinggalkan kenangan pahit kat rumah dan buat kenangan manis kat sekolah.
Orang selalu kata duduk kat asrama tak seronok. Tapi bagi aku waktu inilah aku nak bahagia. Aku tak homesick sebab aku tak rasa nak balik langsung. Aku rasa macam nak duduk je kat asrama ni.
YOU ARE READING
GELAP [Completed]
RomansaEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...