Ada satu kumpulan yang dipanggil Kadesh yang terdiri daripada pelajar pelajar nilam dan beberapa pelajar topaz (seorang kot). Diorang ni kira yang berpengaruh atau pun gangsterlah kat sekolah.
Aku ingat lagi ada sehari tu aku dan Akmal tak tahulah dah kenapa cari gaduh dengan diorang. Kitorang bawak phone lepastu kitorang layan twitter. Tapi masalahnya kitorang bergaduh ngn Kadesh kat twitter. Masa tu mereka yang start dulu. Aku ingat lagi diorang cakap kitorang pondan buat mekak kat susur gajah
Lepastu kitorang bengang. Apa lagi, aku dengan bengangnya jadi keypad warrior melawan dan mencabar diorang. Diorang ada cakap yang dia nak pukul kitorang. Masa tu cuti sebelum puasa. Tak ramai yang tak balik. So tak ramai tahu cerita ni. Lepastu aku, Akmal, ngan cikgu Sue (cikgu muzik merangkap cikgu gamelan kesayangan) ada sekali kat surau tengah jahit baju gamelan.Tak cukup dengan tu kitorang cakap kalau nak pukul pukullah. kitorang kat surau. Turunlah. Kitorang berniat nak bergurau, lepastu rupanya diorang turun. Kononnya nak main bola, ada cikgu Sue padahal waktu tu malam. Memang waktu tu aku ngan Akmal dah cuak dah. Kitorang terus bagitahu cikgu Sue. Cikgu Sue arahkan diorang pergi balik dorm. Lepas diorang blah je aku ngn Akmal cepat cepat pergi dari surau. Sembunyi. Kitorang lari ke gazebo padang. Sunyi dan menyeramkan. Memang gelap lah senang cerita. Tapi disebabkan nak elakkan kene pukul kitorang tetap tegas nak sembunyi kat situ. Kat twitter masih lagi kecoh pasal diorang nak pukul aku dan akmal. Gila tak cuak.
Dah memang lewat dah waktu tu lebih kurang pukul 12. Kitorang ingat nak balik asrama. Waktu lalu kat kantin tiba tiba nampak diorang masih lagi bangun. Aku nampak kelibat Amir sedang kat tangga dengan tweet dia "kalau aku dapat korang siaplah". Apalagi, aku ngan Akmal mang tak balik asramalah malam tu. Kitorang fikir nak tidur mana. Kitorang ada jugak mintak bantuan dari dalam asrama tapi tak membantu, tak guna punya abg angkat. Lepastu kitorang amik keputusan untuk tidur kat kelas Hafiy sebab ada tikar getah. Sembunyi bawah meja tau. Dahlah hujan pukul 2. Kitorang tunggu kat situ dalam perasaan takut sampailah terlelap.
Pagi tu kitorang terbangun dan masih lagi memikirkan apa nak buat. Takkan nak balik asrama je, cari nahas. Tiba tiba kitorang dengar bunyi selipar dan memang nampak ada kelibat orang kat luar langsir. Orang tu bukak pintu. Memang kitorang sembunyi betul betul bawah meja sebab takut sangat. Lepastu dia makin dekat dan makin dekat dengan meja aku. Tak berkata apa, hanya tapak kaki yang kedengaran. 'Tup' tapak tanganz! diletak kat atas meja aku. Betul betul atas aku. Kepala menjengah dan rupanya tu Danish. Kawan kitorang dari form 4. Baik. Memang berdebar. Lepastu kitorang cepat cepat peluk dia dan cerita apa yang jadi.
Danish bawak kitorang pergi ke bilik bahasa yang sekarang digelarkan makmal pak matlob. Lepastu Danish cerita pasal rokok elektrik yang ada kat asrama (bukan vape). Lepastu Danish ajak kitorang pergi asrama sebab tak mandi lagi dari semalam. Mula mula kitorang kata tak nak, tapi kitorang beranikan diri jugak.
Sampai je kat susur gajah depan asrama, kitorang nampak cikgu sue. Kitorang terus berlari dan cakap kat cikgu yang kitorang tidur kat kelas. Menyedihkan. Aku, Akmal dan cikgu Sue duduk kat tangga asrama untuk berjumpa dengan Kadesh. Nak settlekan kes rokok elektrik dan kes kami. Mula mula diorang marah kat kitorang sebab mencabar diorang. Aku tak tahu kenapa tapi aku membatu sahaja. Hanya beberapa soalan yang aku jawab. Yang lain, Akmal je betah. Akhirnya kitorang damai. Hahah damai. Macam tu je. Sejak dari itu, kami dan Kadesh menjadi semakin rapat.
Damai

ANDA SEDANG MEMBACA
GELAP [Completed]
RomansaEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...