Masa meninggalkan aku tanpa aku sedar. Langsung tak tunggu aku. Segalanya berlaku begitu pantas. Tahu tahu sahaja dah bulan 1 tahun baru dan ramai pelajar baru tingkatan 1. Tingkatan 4 tiada pengambilan baru mungkin sebab krisis kegawatan ekonomi yang kian mencorot akibat *&^%$ kan. So, kerajaan tak ada duit nak taja ramai pelajar. Lagipun produk yang dihasilkan oleh SBP taklah memuaskan mana. Jadi kesimpulannya tahun ni hanya ada pelajar ambilan tingkatan 1.
Sekali lagi aku tahu kawan baik aku mempunyai banyak muka. Dah banyak aku terluka sebab mereka. Kenapa aku stay? Sebab merekalah kawan yang paling aku boleh percaya dalam kalangan pelajar pelajar yang langsung tak boleh dipercayai tu semua. F4, mereka kawan dan mereka pisau. Sakit, penat terluka tapi dah biasa. Jadi tahun ni Akmal ada nak jadikan seorang budak ni adik angkat dia nama dia Mad . Maybe? And absolutely IDC. Aku tak amik kesah sebab aku punya kerja memang dengan diorang. So aku akan banyak masa ngn semua kerenah mereka. Aku ada nak jadikan seorang budak ni adik angkat aku nama dia Rafael tapi susah nak rapat. Dah rapat dah. Dan tahun ni aku punya tabiat entah start bila ntah kerja peluk orang je. Mungkin sebab ada orang cakap peluk boleh menghilangkan stres? Jadi bila jumpa Rafael ni aku akan banyak peluk dan pernah mintak dia kiss pipi dengan tanpa niat lain. Itu hanyalah tabiat. Dan dia bangga bila dapat kiss aku sampai dia bagitahu kawan kawan dia. Walaubagaimanapun setakat ni hubungan adik beradik angkat yang paling win kat sekolah ialah Akram dan adik kesayangannya Alip. Diorang memang selalu lepak sama sama dan keakraban diorang buatkan mereka jadi adik beradik contoh kat sekolah.
Dalam masa yang sama aku rapat dengan semua budak form 1 yang lain. Aku rapat sekadar kawan, dan hanya untuk suka suka. Ada seorang lagi budak nama dia Huzri yang rapat jugak dengan aku dan dia boleh dikatakan baik jugak. Lama jugak aku rapat dengan dia. Siap janji nak tengok wayang sama sama. Tapi disebabkan aku sibuk dengan kelas tambahan aku, jadi tak kesampaian. Tanpa aku sedar, Mad selalu berbual dengan aku dan baik jugak dengan aku. Buat pertama kalinya aku rasa dihargai gila macam ni. Rasa macam disayangi.
Aku tahu akan ada kata aku pelik lah apalah. Tapi diorang tak rasa apa yang aku rasa. Sejak duduk kat asrama ni, hubungan aku dengan keluarga makin tak rapat. Memang dari dulu aku rasa kurang kasih sayang dari keluarga aku tapi sejak menginjak dewasa kat asrama ni makin jarang aku rasa dihargai dan disayangi keluarga. Sebab tu bila Mad buat aku macam tu aku rasa terharu dan sayang sangat kat dia. Aku dah anggap dia macam adik aku sendiri. Sebab dia rapat. Tapi aku tak sedar yang Huzri cemburu. Makin lama Huzri makin renggang dengan aku. Dan dia macam mengelak nak berjumpa dengan aku.
Aku tak tahu kenapa ada satu haritu ada seseorang marah Mad. Tapi waktu tu aku ada sekali. Waktu tu jujur aku cakap aku rasa bersalah sangat. Sebab dia macam marah kat Mad sebab aku. Pada masa yang sama jugak Akmal marah aku sebab rampas adik angkat unofficial dia dan obviously aku tahu diorang kutuk aku belakang. Tapi sekarang dia dah move on and thats sounds funny. And for sure aku rasa Mad is the most trustful people kat asrama. Dan dia buat aku rasa selesa. Rasa macam family dekat dengan aku. Aku sampai dah lupa rasanya macam mana sebab aku rasa macam dah lama tak rapat sesama family.😢

ANDA SEDANG MEMBACA
GELAP [Completed]
RomansaEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...