FINALE
Aku langsung tak dapat nak hadam apa yang doktor cakapkan. Dah berapa lama aku kat hospital ni?
"Awak kena sedar Mid. Tolonglah bangun dari halusinasi awak. Dah 5 tahun awak kat hospital ni. Awak tak berubah, masih lagi berhalusinasi. Barah kat kepala awak makin teruk. Nasiblah ia merebak lambat." Kata doktor pada aku
"Apa yang doktor kata ni? Saya bersekolah kat asrama penuhlah. Dah 5 tahun saya kat sana. Macam mana saya kat hospital 5 tahun pulak? Doktor jangan nak merepek. Saya tak ada barah!" getus aku kuat.
"Barah otak awak ni mula sejak awak tingkatan 1. Mungkin sebab sejarah silam awak yang perit. Awak mengalami stres yang tinggi. Tekanan yang tinggi menyebabkan barah kat kepala awak. Ya memang awak bersekolah kat asrama penuh, tapi selepas kejadian kematian....."
"Arghhhhh!!! Keluarga saya tak mati!!!!" Aku memotong apa yang diucapkan doktor. Kepala aku dah berdenyut kuat. Sakit.
"Selepas kematian keluarga awak. Otak awak bercelaru. Awak tak dapat membezakan yang mana realiti dan yang mana fantasi. Awak mencipta dunia awak sendiri. Kami tak berupaya nak menghalang awak sebab pendirian awak amat teguh. Awak sangat mahu menidakkan apa yang berlaku kat awak sampai awak membuat memori sendiri. Awak membuat kenangan sendiri. Awak mencipta segalanya. Kawan. Lawan. Kesakitan. Keperitan. Semuanya. Sebab awak terlampau kecewa. Bangunlah! Berhenti berhalusinasi. Hapuskan segalanya. Terimalah kenyataan."
Sekali lagi air mata aku mengalir. Aku dah ingat semuanya. Kemalangan tu dan segalanya. Memang aku kat hospital ni. Dan demi untuk hilangkan kesunyian dan kepedihan, aku cipta memori aku. Aku layankan segalanya. Aku buat kepuasan aku. Air mata aku menderu laju. Masih sukar untuk aku menerima bulat bulat kenyataan ini. Terlampau perit untuk tinggal sendiri. Sebab tu aku cipta segalanya. Aku cipta cerita aku. Tapi segalanya akan terbongkar jua. Hakikatnya aku kat sini, ada barah otak tunggu masa nak mati. Dan aku tak ada sesiapa lagi. Semuanya tak ada.
"Dah doktor. Saya dah ingat semuanya. Saya perit doktor. Sedih. Saya tak mampu nak hadapi kesedihan saya masa tu. Saya rasa keseorangan. Saya perlu buat sesuatu. Sebab tu saya cipta kawan sendiri. Dunia sendiri."
Walaubagaimanapun dunia yang aku cipta di minda aku tak sempurna. Aku tak mampu bahagia. Aku derita. Aku tetap kesunyian. Kawan aku semuanya sementara. Semua tak dapat menggantikan keluarga aku. Sebab tu aku jarang balik kerumah dalam bayangan aku sebab aku tahu aku akan teringat kembali kisah kemalangan tu. Sebab itu dunia aku kat asrama. Berdikari. Hidup seorang. Menanggung keperitan sendiri. 5 tahun. 5 tahun aku mencipta dan mencorak dunia aku. Aku tak sangka. Sangat tak sangka. Ya segalanya bermula di awal cerita. Aku perlu tidur, tidur ke kegelapan. Itu adalah maksud aku untuk tidur dari realiti keperitan ini. Dan bangun kembali dalam keadaan aku dalam dunia yang baru.
Aku masih belum boleh move on. Segalanya hanyalah khayalan aku. Pembunuhan dan segalanya. Dan jugak kasih sayang dari Fahmi dan Mad. Tapi tetap. Biarkan aku kat dunia aku, dan aku tak ganggu orang lain. Tiba tiba aku nampak kelibat orang yang sangat aku sayangi di cermin tingkap hospital. Mad. Ya Mad. Aku tak tahu mana datang dia tapi dia wujud dan aku tersenyum sahaja. Hidup aku tinggal lagi 2 minggu. Barah aku dah sampai tahap 3. Aku akan mati jua. Mak, abah, angah, abang, uda, along. Tunggu.
Tamat
YOU ARE READING
GELAP [Completed]
RomanceEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...