16/17

650 15 1
                                    

Tahun ni aku masih di dorm yang sama. Dengan mengadap orang yang sama. Ahli dorm yang sama. Tiada bezanya cuma penambahan dua orang ahli baru dari tingkatan 2 dan 4. Tidak membosankan tetapi biasa biasa sahaja. Tahun ni Zahin dah bukan dorm aku. Mungkin sebab pergaduhan tu dia minta untuk permindahan dorm. Dia pindah ke dorm 3, iaitu dorm tingkatan 1. Aku biasa, hanya menjadi ahli aktif dorm yang berwibawa.

Macam setiap tahun akan ada ambilan baru tingkatan 1 dan tingkatan 4. Sebagai batch pertama sekolah tu, kami macam tak dapat menerima kenyataan yang akan ada ambilan baru disekolah kami bagi pelajar tingkatan 4. Tapi nak buat macam mana, dah urusan kerajaan. Biar jelah. Aku, dan rakan rakan yang lain macam biasa akan menguruskan pengambilan pelajar tingkatan 1. Waktu menguruskan pelajar tingkatan 1, mata aku tertacap pada seorang budak ni. Baik, pendek comel comel. Mungkin bakal adik angkat aku. Ye? Jk.

Ada seorang budak, nama dia Ali. Dia lah budak yang aku cakap tu. Aku cuba rapat dengan dia. Banyak jugaklah aku bualkan dengan dia. Tapi tulah, aku introvert so susah nak berbual ngan orang ni sebab susah nak bukak cerita. Ali ni budaknya baik. Tapi entahlah aku rasa dia macam tak tahu yang aku rapat ngn dia sebab nak jadikan dia adik angkat. So setiap kali dia dengan orang lain aku jadi cemburu. Gila tak. Lepastu lama kelamaan aku rasa macam dah lali. Dalam pada masa yang sama, ada lagi seorang budak yang rapat dengan aku, nama dia Fahmi. Dia pun baik. Dia selalulah jugak berbual dengan aku. Lama lama aku tak kesah langsung pasal Ali sebab dia dah macam lupa aku, so aku lupalah baik. Things goes around just like that. Tiba tiba ada satu haritu Ali ajak aku turun bawah tengok tv. So aku kata aku on je. Jadi kitorang turunlah.

"Abang, saya nak jadikan abng abng angkat" Ali cakap kat aku. Waktu tu aku dah macam eh budak ni dah kenapa tetiba je.

"Ok. Boleh je" Aku balas kat Ali. Entah kenapa aku layankan je budak ni.

Sejak tu Ali jadi adik angkat aku. Tapi aku tak rapat dengan dia, aku rapat dengan Fahmi. Sebab Fahmi selalu berbual dengan aku tentang semua benda. Dia selalu buka topic. So dia ni interestinglah kalau ajak bual. Lain sangat dengan Ali. Makin lama Ali semakin annoying dikalangan semua pelajar sekolah aku. Sangat annoying. Dia pernah kecam aku suruh aku tinggalkan Fahmi. Tapi hak aku weh. Kau pehal nak halang. Aku agak bengang jugaklah waktu tu dengan dia sebab dia suruh aku tinggalkan Fahmi. Eh plislah, kau ingat ni love story?

Everything was completely ok between aku ngan Fahmi. Till that one night. Malam yang dingin dalam keadaan aku mamai mamai. Ada sesuatu berlaku. Sesuatu yang entahlah. Sukar nak dedescribe oleh kata kata. Aku lupa bagaimana ia bermula tetapi aku ingat apa akibatnya...

GELAP [Completed]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang