"Eh dah bangun? Selamat pagi encik" kata nurse yang sedang bertugas ditepi aku
"Uh. Hmmm. Saya di mana? Kenapa ramai pesakit?" Aku tanya nurse tu penuh dengan perasaan ingin tahu.
"Encik kat hospital. Encik menghidapi barah otak dan delusi. Encik banyak berhalusinasi." Kata nurse tu kepada aku
"Aku hidapi barah otak? Tak mungkin !!! Aku delusi? Weh aku tak gila lah!!! Aku tak gila!!!!"
"Doktor, cepat doktor, pesakit mengamuk lagi" Doktor datang ketempat aku dan aku dicucuk dengan satu cecair yang membuatkan aku pengsan
"Dushhh" Harits menepuk aku bangun dari tidur.
"Weh kau meracau. Dah pukul berapa dah ni. Bangun!" Harits cakap pada aku sebab aku dah lambat nak kesekolah.
"Oh yeke? Ah. Ok ok. Terima kasih kejutkan" aku cakap kat Harits.
Tahun ni agak mengejutkan buat aku sebab along lagi sekali dipenjara. Along dengan suaminya dipenjara. Mereka dipenjarakab sebab dadah. Sekali lagi. Cuma kalini aku tak pasti along bersalah atau tak. Along mungkin akan dikenakan hukuman gantung. Atau atas jasa baik polis dia akan dipenjarakan setahun setengah.
Atas jasa baik polis, along bernasib baik. Dia dan suaminya hanya diberikan hukuman setahun setengah penjara bersama dengan hukuman berkhidmat untuk penjara. Tahun merupakan tahun tiada perasaan aku. Aku tak rasa apa apa. Kecewa? Tak. Entahlah aku tak tahu apa yang jadi kat aku. Tiba tiba kepala aku berdenyut kembali. Teringatkan keadaan dulu masa aku sekolah rendah. Semuanya terflashback. Perit jugak nak menghadap fakta yang keluarga aku amat bermasalah.
Aku ingat dah malas nak fikir pasal keluarga. Tapi sayangnya ada lagi masalah yang timbul. Ada sahaja yang tak kena. Sakit kepala aku nak fikir. Dah lah tahun ni PT3 yang merepek tu. Memang setiap kali nak periksa penting aku ada masalah eh. Berdenyut denyut kuat kepala aku fikirkan masalah yang melanda diri aku. Susah nak menerima kenyataan yang aku bermasalah. Tapi pandai aku tutup segala masalah ni macam biasa hinggakan tak ada seorang pun kat sekolah aku tahu macam mana stres yang aku hadapi sekarang ni. Malah kaunselor aku pun tak tahu menahu pasal hal ni.
Tak cukup dengan sakit kepala yang melampau sampai satu hari aku nak kene telan 2 biji panadol 650 mg, aku ada sakit belakang pula. Memang aku tahu itu salah satu effect stres aku. Rasa sakit kepala ni macam migrain. Sakit sebelah muka. Hanya Allah je tahu betapa aku sakit waktu tu. Betapa perit apa yang aku rasa waktu tu. Rasa macam nak hentam kepala kat dinding. Tapi takkan aku nak perkara masa tingkatan 1 berulang? Cukuplah aku pendam dan pendam. Sampai aku terpadam mungkin?

YOU ARE READING
GELAP [Completed]
RomansaEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...