7/17

1.7K 43 2
                                    

Waktu ini aku lebih kurang berumur 7 tahun. Along merupakan antara akak aku yang paling brutal. Mungkin kerana dia akak yang sulong. Lagipun Along melalui kisah hidup yang agak sukar nak di bandingkan dengan aku. Keadaan status hidup keluarga aku saat aku dilahirkan boleh dikatakan sudah senang jika hendak dibandingkan pada waktu dulu.

Along pernah bertunang, ya aku gelarkan tunangnya sebagai abang napi . Dia baik. Sangat baik dengan keluarga. Lama juga along bertunang ngan abang napi. Dalam satu tahun gitu. Malah mereka dah rancang perkahwinan. Nampak bahagia, ya sangat bahagia. Boleh dikatakan mereka seperti pinang di belah dua. Lihat sebelah masih sama. Sangat sesuai. Aku selalu berjalan bersama mereka. Setiap kali nak jalan jalan, along akan bawa aku bersama dia. Abang napi selalu belikan aku bermacam barang.

Seperti yang orang kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Aku memang kecil lagi waktu tu, main konek pun tak reti apatah lagi nak menghukum orang. Abang napi dan along tiba tiba hendak memutuskan ikatan pertunangan mereka. Tak semena mena keadaan macam huru hara. Aku nampak kesedihan diwajah along. Siapa je yang tak sedih. Perkahwinan dah dirancang dan ikatan untuk mengenal hati budi dah berlangsung selama 1 tahun. Tak cukup dengan putus tunang, abnag napi seperti menyiksa along, kebanyakan barang along ada pada abng napi. Dia bagai mempermainkan along.

Aku tahu along sangat sakit. Dia tahan. Along membawa dirinya ke tempat lain. Mak biarkan sahaja along membawa diri untuk hilangkan stress dia. Dia berkawan dengan orang entah apa apa. Pergaulan along tidak dijaga. Along menjadi sedikit liar. Dia berkawan dengan tomboy. Aku masih ingat lagi nama tomboy tu achik. Dia tak jahat, namun masyarakat tetap pandang serong pada dia. Aku tahu along buat semua ni sebab dia tak percaya pada lelaki. Dia benci lelaki. Dia rasa kecewa dengan abang napi. Aku perasan perubahan along sejak abng napi tinggalkan dia. Along tak bertukar jadi tomboy , dia masih perempuan. Cuma orang yang dia kawan tu je menjadi pandangan serong masyarakat. Mulut masyarakat kita tak dapat hentikan. Tapi aku sedar, along berubah sebab ada kisah disebalik sikap dia itu.

Aku belajar bahawa setiap orang kat dunia ni jadi macam apa yang kita nampak tu sebab ada kisah di sebaliknya. Sebab tu aku hormat kat acik, walau dia tomboi, dia tetap baik. Dia hormat orang tua. Aku tak tahu apa kisah yang dah berlaku kat dia sampai dia jadi tomboi, jadi aku tak boleh persalah kan dia. Untuk setiap masyarakat tolonglah berhenti pandang serong terhadap seseorang tanpa mengenal hati budi seseorang itu, mungkin aku tak ada di tempat dia, jadi kau tak rasa apa yang dia rasa.

GELAP [Completed]Where stories live. Discover now