8/17

1.4K 40 3
                                    

Tak cukup dengan keadaan along yang mendesak satu keluarga dirundung hati punah, kini uda pulak. Tidak kami sangkakkan, uda dicabul oleh pakcik aku, acu. Acu merupakan adik ipar mak. Sangat aku tak sangkakan acu sanggup mencabul uda.

Pening. Ya satu keluarga, bukan setakat keluarga pokok aku, malah keluarga pokok mak juga huru hara. Gempar. Bukan setakat uda sahaja, malah sepupu aku pun menjadi mangsa. Aku gelarkan dia kak shai.

Mula mula uda memnag taknak bagitau pasal hal ini. Tapi lama lama selepas 2 bulan barulah uda bagitau apa yang dah berlaku. Acu taknak mengaku akan perbuatannya. Kejam, sangat kejam. Dia buatkan keluarga aku seperti nak membawa fitnah untuk menjatuhkan keluarga dia. Mak sangat bengang dengan sikap acu. Dia buatkan uda seperti tak ada maruah sebb nak menjatuhkan acu. Uda disebat oleh abah. Abah marah kat uda sebab sangkakan uda membawa cerita palsu. Uda seperti menjatuhkan air mukanya. Tak nampak perubahan uda, tapi kak shai nampak perubahan dia, dia seperti sudah menjadi ganas dan sedikit liar.

Setelah dikaji, akhirnya kak shai pun memgaku dia dicabul bersama uda oleh acu. Satu keluarga berkumpul kembali sebab nak selesaikan hal ini. Acu masih lagi dengan pendirian dia. Dia tetap taknak mengaku bahawa dia telah mencabul uda.

Akhirnya mak dapat satu idea. Dikeluarkannya senaskah al quran. Maka terus mak suruh acu bersumpah sambil pegang alquran itu. Kebenaran perlu dibongkar. Akhirnya acu mengaku, dia mengaku bahawa dia mencabul uda dan kak shai. Biarkan malu menyelubungi diri acu dan keluarganya. Biarkan dia rasa apa yang aku dan keluarga rasa. Biarkan dia dibawa ombak badai kekhilafan diri dia. Keluarga berantak waktu itu jugak. Abah angin. Mak angin. Siapa tak marah bila maruah diperkotak katikkan.

Kak shai dah tak seperti kak shai yang dulu. Dia tukar panggilan kepada kawan kawannya menjadi shah. Kak shai dah mengubah dirinya menjadi tomboi. Ya dia benci lelaki. Sebab ada kisah dibaliknya. Sebab dia tak percaya pada lelaki. Biarkanlah dia membawa perasaan benci dia tu hingga ada lelaki yang bakal mengubah kembali diri dia. Kak shai makin parah, dia sudah melibatkan diri dia dengan rokok. Perempuan? Entah. Aku tak boleh nak menghukum dia. Aku tak boleh label dia sebagai perempuan tak tau malu. Dia ada senab dia sendiri. Dia layak buat perkara itu. Jadi biarkan. Biarkan dia.

GELAP [Completed]Where stories live. Discover now