Awal tahun yang baru. Kami dikehendaki untuk pindah ke dorm yang baru. Susunan mengikut rumah. Perkara yang masih sama cumalah satu aras sahaja yang digunakan. Kami dipindahkan ke aras 2 tingkat 1.
Tahun nilah aku mula rapat dengan mereka yang bergelar kawan. Hafiy, Hamidi dan Akmal (F4). Tak banyak yang kami lalui tapi cukuplah bergelar kawan sejati. Mungkin? Waktu ni masih awal tahun lagi. Pelajar ambilan tingkatan 1 dan tingkatan 4 tak ada lagi. Hanya kami, pelajar tingkatan 2 sahaja yang ada kat sekolah. Masih bebas.
Tahun lepas aku tak ada rasa perit macam ni tapi tahun ni entahlah. Rasa perit sedikit. Aku, Akmal, Hafiy dan Hamidi macam dibenci oleh satu batch. Entahlah tak tahulah sebab apa. Susah. Perit. Memang susah nak hidup macam ni. Aku ingat lagi kejadian wujudnya sekumpulan CDC yang cuba untuk bash kami. Nasib jiwa kami kental. Takkan mengalah kalau ditentang. Maka kami pun balas balik apa yang CDC lakukan.
Selaku ahli rumah topaz, aku memang tak banyak meluangkan masa bersama ahli rumah yang lain. Aku banyak meluangkan masa dengan F4. Mereka rumah nilam. CDC pula kebanyakkannya rumah topaz. Jadi kehadiran CDC untul bash kami macam disebabkan oleh aku sebab tak banyak meluangkan masa kat dorm sendiri tapi banyak menghabiskan masa di dorm nilam. Mungkin 'keberangan' mereka menyebabkan mereka baertindak sedemikian. Lawak kan manusia, ada je yang nak mendengki kehidupan orang lain. Waktu tu teruk jugak kami kena bash dengan CDC. Atas sebab jiwa yang kental, aku, Akmal, Hamidi, dan Hafiy cuba untuk berjumpa dengan satu batch untuk mengumpul tanda tangan pembubaran CDC sebab mereka agak menyusahkan dan menyakitkan hati.
Memang klik klik yang menyusahkan kat asrama ni tak layak terima pujian yang baik pun. Mereka layak dibubarkan. Sejak tulah kami naik sebagai penentang CDC yang utama. F4. Rasa macam kelakar tapi itulah hakikatnya.
Kelakar kan manusia? Suka mendengki sesama mereka. Bagaikan tiada iman didada. Jahilnya mereka. Jahilnya aku. Ya jahilnya kita. Semua.

ANDA SEDANG MEMBACA
GELAP [Completed]
RomanceEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...