Tahun ni,
Sekolah baru
Azam baru
Cita baru
Sasaran yang satuTak pasti lagi.
Tingkatan satu, atok meninggal. Ya aku panggil abah mok. Aku ingat lagi sebulan sebelum dia meninggal, dia nazak. Satu keluarga berkumpul. Dia marah marah, dia kata nak air. Kami dah cuak. Entah. Tiba tiba, dia duduk.
"Kau dah beli nombor aku?" Abah mok tanya pada kami. Kami tercengang, rupanya dia tabya pasal nombor ekor. Tiba tiba sihat je orang tua ni.
"Nanti aku nak makan KFC. Sorang tolong beli. Aku nak rehat jap. Berambos dari bilik ni sekarang rimas!" Ujar abah mok.
Kami terkejut. Manakan tidak, dia dah nazak terlantar tiba tiba duduk sihat seperti sedia kala. Entah tu kisah dia. Kita tak tahu kisah kita nanti macam mana. Akhirnya selepas sebulan abah mok pergi pulang ke rahmatullah jua. Alfatihah
YOU ARE READING
GELAP [Completed]
RomanceEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...