Waktu ni aku darjah empat. Teruk, darjah empat lagi aku dah ada masalah yang bila aku pikir balik, kenapa aku macam buat endah tak endah je.
Darjah empat, aku dapati akak aku mengandungkan anak luar nikah. Akak yang aku sanjungi, yang tak pernah tinggal solatnya, yang jaga pelajarannya. Tidak ku sangka telah mengandung lima bulan. Sungguh menggemparkan. Aku bagai disentak. Jujur aku katakan, aku sangat menyanjungi angah. Lelaki yang angah pilih takdelah kacak mana. Takdelah hebat mana, dia biasa biasa je. Satu universiti dengan kakak aku.
Jadi kami sekeluarga lakukan persiapan perkahwinan, lama jugak nak rancang, tapi tak boleh tunggu lama sangat, nanti nampak pula kandungan angah yang sedang membesar itu. Malu, ya malu keluarga untuk bawa angah keluar. Angah belum habiskan belajarnya lagi. Dia mengambil jurusan architect. Aku yakin, kalau dia tak mengandung masa ni, sekarang dia dah kaya, malah gaji lebih besar dari suaminya.
Uda, yang muka hampir sama dengan angah, menggatikan tempat angah saat akad perkahwinan di jalankan, denagn bernamakan angah, akad diteruskan. Anak kecil yang tak berdosa itu angah jaga dengan elok sehingga sekarang. Aku tak tahu apa yang bakal jadi kepada nasib anak saudara permpuan aku itu. Adkah bakal diwalikan oleh wali hakim dan di bin kan dengan Abdullah kerana status kelahirannya. Takpe, aku tak perlu peduli kerana itu sudah jauh dari kisah hidup aku.
Mungkin bukan masalah aku, sebb tu aku macam tak peduli sangat. Sebab itulah sekarang aku percaya yang orang baik, jaga solat, pandai, tak semestinya tak melakukan kesilapan. Semua lakukan kesilapan, ya semua lakukan kesilapan. Kita lakukan kesilapan untuk kita belajar dari kesilapan kita supaya kita tak ulanginya lagi.
Hidup ni umpama peperiksaan. Dugaan yang kita hadapi adalah macam soalan di kertas periksa, jika kita salah, maka kita belajar dari salah tu dan cari jawapan yang betul. Itulah kehidupan, untuk belajar dari kekhilafan diri.
YOU ARE READING
GELAP [Completed]
RomanceEntah. Gelap? Orang selalu kata yang hidup ni mudah. Tapi tidak sama sekali. Akan aku ceritakan kisah gelap sebuah kehidupan. Jadi berhenti memandang serong pada seseorang tanpa kau tahu asal cerita dia, tanpa kau tahu kisah sebenar hidup dia. Diing...