14/17

983 16 0
                                    

Dan akhirnya masuklah pelajar pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4. Mulanya kami tak begitu rapat. Maklumlah batch aku dah menguasai sekolah selama setahun. Tiba tiba datang batch lain bawa budaya lain, perangai lain. Sampai ada pergaduhan antara batch form 2 dan batch form 4. Haha lawak tapi benar.

Capt, tingkatan 4. Digelar capt kerana jawatannya sebagai ketua pelajar. Seoarang yang berkaliber dan baik. Nak dijadikan cerita aku ngn dia rapat. Satu haritu aku mintak nak jadi adik angkat dia. Normallah asrama, berangkat angkat ni normal. Dia terima. Tapi aku tak sangka aku tersiksa. Mungkin bagi dia benda kecil tapi sebab aku ni macam obses sangat kat dia, benda kecil semua jadi besar. Semua aku nak cemburu.

Ada sekali tu aku main pisau, tak rasa apa pun sewaktu pisau tu menghampiri permukaan kulit tangan aku. Rasa geli je. Aku pun perlahan lahan menarik. Mencoreh. Menarah tangan aku dengan akronim nama capt. ADAM. waktu tu aku tak tahu kenapa tapi aku tak rasa apa apa. Sehinggalah tangan aku luka sana sini. Memang nampak kesan darah. Obsesi aku melampau sampai aku menoreh tangan sendiri. Dah lama sedikit baru aku sedar yang tangan aku luka. Aku pun basuh dan luka tu membengkak. Yelah jaringan fibrin membentuk untuk menutup luka. Ramai jugak yang perasan kesan tu tapi sayang capt seperti tak perasan langsung kesan kat tangan aku.

Satu benda yang aku tak suka tentang Capt ialah dia suka membanding bezakan. Aku tahu dia ada lagi satu adik angkat. Hakim. Aku sedar Hakim lagi pendek sedikit dari aku dan lebih comel barangkali. Tapi agak mengecewakan kerana aku adik angkat pertama dia pun tak pernah tidur dengan dia. Tapi aku tolak perasaan cemburu tu jauh jauh sebab nak jaga hubungan aku dengan Capt. Sehinggalah satu tahap tu aku rasa bengang sangat dengan Capt. Sedih yang teramat sampai aku menangis. Kelakar kan. Tapi aku tak tahulah. Aku nak kata gay, tak, sebab aku langsung tak terfikir nak beromen dengan doa atau apa. Act pernahlah sekali rasa nak tengok konek Capt tapi langsung tak terfikir nak main ngn Capt.

Masih segar diingatan aku waktu tu apa yang terjadi. Masa tu Capt serahkan dekat aku dua buku roti yang setiap satunya ada stickynote. Dia kata satu bagi kat Hakim satu untuk aku. Roti tu ialah roti jagung, gardenier. Stickynote yang ada kat roti aku bertulis "nah secebis roti untuk adik"-capt-
Dan stickynote lagi satu bertulis "nah sebuku roti untuk adik"-capt-
Memang secara kasarnya ia nampak sama dan taklah masalah besar sangat. Tapi bagi aku ia adalah isu yang sangat besar, secebis dan sebuku adalah dua benda yang amat besar dan mengecewakan. Perit gila perasaan aku waktu tu. Rasa macam sangat tidak adil. Yelah aku obses kat dia sampai dia tak layan aku. Tapi janganlah sampai buat aku macam ni. Kalau nak bagipun cover lah sikit. Janganlah tunjukkan kat aku stickynote lagi satu tu.

Sejak tu aku mengamuk. Sangat tak puas hati dengan Capt. Rasa bengang yang teramat. Yelah dibanding bezakan. Mungkin bagi orang lain hal kecil tapi tidak bagi aku. Sebab benda nilah aku putus hubungan dengan dia dan langsung tak bercakap sejak tu.

GELAP [Completed]Where stories live. Discover now