BAB 3- RAHSIA

5K 102 0
                                    

SEBULAN SEBELUM HARI DI RESTORAN.....

"Jom saya bawak awak pergi jumpa family saya nak? Boleh kenal-kenal dengan bakal mertua awak. Kann?"usik Maya tersengih.

Ammar ketawa.

"Ehh boleh jugak tu. Jom. Saya pun tak sabar nak kahwin dengan awak tau. Geram. Saya bawak cincin terus bila pergi rumah awak nanti ok. Melamar terus."

"Heii!! Macam awal lagi nak kahwin je. Tak nak lah cepat-cepat. Awak gelojoh kann. Takut lah dengan awak nie ."

Maya sengaja bangun acah mahu menjauhi Ammar. Ammar menoleh.

"Alaa awak nie, saya boleh tahan nafsu. Takkan nak terkam awak sekarang. Ish tak de nya."balas Ammar menjeling.

Maya ketawa kuat. Dia selesa bergurau dengan Ammar. Dah nama pun teman lelaki 3 tahun. Lagi-lagi Ammar jenis suka berkongsi masalah dan pendengar setia Maya. Kalau bergaduh serius mana pun pasti akan berbaik semula. Mungkin kami saling memahami dan saling beralah. Kalau kahwin nie mesti bahagia rumahtangga.

*****
DI RUMAH MAYA.....

"Assalamualaikum!!! Ibu.. Abah.." jerit Maya dari luar rumah.

Maya sudah berada di hadapan rumah bersama Ammar. Ammar segak berbaju kemeja biru laut dan seluar jeans. Sekali pandang boleh jatuh cinta balik. Hensem.

"Iye...waalaikumsalam. Masuklah Maya. Ibu ada kat dapur tu . Abah pulak kat atas satgi abah turun. Ehh siapa dengan Maya nie? Amboii. Ehem ehem.."usik Diana yang tiba-tiba muncul di pintu.

Maya senyum lalu memeluk Diana erat. Ammar memandang lama gadis yang berdiri di hadapannya kini. Terpukau seketika. 'Emm boleh tahan lawa pompuan nie. Siapa dia ya?'

"Akak.. hmm kenalkan ini Ammar, my sweetheart . And awakk, kenalkan ini kakak kesayangan saya, Diana. Cantik tak kakak saya?"

Ammar senyum memandang Diana.

"Cantik."

Diana membalas senyuman lelaki itu. 'Hensem jugak Ammar ni.'

Ammar duduk di sofa ruang tamu. Maya dan Diana terus pergi ke dapur untuk membantu ibu.

Ammar menoleh setelah perasan ENCIK MAZLAN yang datang menghampiri. Disalam tangan abah Maya tanda hormat. Kena nampak peramah sikit depan bakal bapa mertua kan . Abah nampak gembira dengan kedatangan Ammar.

"Jemputlah duduk Ammar."

Abah dan Ammar duduk di sofa. Abah berpuas hati melihat lelaki di hadapannya kini. Kemas dan segak. Maya juga banyak bercerita pasal Ammar. Sebab itu dia menyuruh Maya ajak Ammar ke rumah untuk berkenal-kenalan.

"Terima kasih pakcik. Pak cik sihat? Makcik pun sihat ke?"

"Alhamdulillah kami sihat je. Keluarga Ammar sihat?"

"Sihat jugak. Alhamdulillah."

Ammar dan abah terus berbual di ruang tamu. Rancak juga mereka berbual dari jam 10 pagi sampai 1tengahari. Sekejap mereka ketawa sekejap mereka serius.

Ammar sempat makan tengahari bersama Maya dan keluarganya. Mata Diana asyik mencuri pandang Ammar semasa makan. Entah apa yang menarik perhatian sampai matanya suka nak memandang teman lelaki adiknya itu.

Ammar perasan Diana yang kerap curi pandang. Tidak dinafikan Diana memang lebih cantik daripada Maya tetapi dia tidak mengenali Diana. Mungkin Diana sudah berpunya. Kemungkinan gadis secantik Diana sudah bertunang. Mungkin.

Usai makan, Ammar meminta izin untuk solat maghrib seketika. Diana dan Maya duduk menonton tv di ruang tamu.

"Akak, hensem tak buah hati Maya?"tanya Maya dengan senyuman lebar.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang