BAB 10-MANJA

5.1K 101 3
                                    

Maya berlagak tenang berdiri di tepi katil lelaki itu. Aiman sudah senyum gatal memandang wajah gadis ayu itu yang nampak sudah malu malu. Wajah Maya yang tunduk dengan kedua pipi yang merona merah membuatkan Aiman bertambah suka.

"Macam mana rasa sekarang ni? Dah rasa okay sikit tak? Pening atau sakit kepala?"tanya Maya berpura pura menulis sesuatu di atas kertas dalam fail yang dipegangnya.

Aiman masih memandang Maya. Suka benar dia mengamati wajah gadis itu terutamanya apabila gadis itu malu malu kucing. Entah kenapa hatinya rasa suka akan gadis itu sedangkan sebelum ini dia tidak pernah rasa sebegini dengan mana mana gadis.

"Hmm..saya rasa....gembira dapat jumpa awak lagi. Tak sangka awak doktor kat hospital ni. Hospital yang rawat saya sakit dan yang paling gembira, awak jadi doktor saya."

Maya tersentak dengan kata kata Aiman lalu mengangkat kepalanya. Dijeling geram lelaki dihadapannya seketika. 'Buat ayat jiwang pulak!! Eee gelinyaa.'

"Saya sedang serius ni. Saya ada banyak keje lagi nak buat. So just answer my question. Awak ada rasa demam lagi tak?"

"Hm..entahlah doktor. Saya tak dapat rasa demam lagi ke tak. Saya demam nak pandang doktor je."usik Aiman senyum sambil menongkat dagu dengan sebelah tangannya.

Maya sudah geram dengan perangai Aiman yang tak ubah mahu mengoratnya. Maya memandang Aiman dengan wajah bosan, nak tak nak dia harus mencatatkan prestasi kesihatan pesakitnya tapi nak buat keje macam mana kalau sorang pesakit ni asyik menggatal je.

Aiman masih tersenyum gatal memerhatikannya. Maya menjeling malas layan. Tak selesa apabila lelaki itu asyik memandangnya sahaja.

"Jangan senyum banyak sangat nanti saya hantar pegi Tanjung Rambut nak?"ujar Maya sengaja tidak mahu lelaki itu memandangnya sebegitu lagi.

Aiman terus menarik muka serius, sudah tegak memandang ke depan yang jelas dinding yang bergantung frame gambar laut biru. Maya senyum menahan diri daripada ketawa melihat sikap Aiman tadi.

Maya dengan selamba memegang dahi lelaki itu untuk memeriksa suhu badannya. Aiman terkedu dengan perbuatan Maya dan memandang wajah gadis itu lama. Maya memberi senyuman menawan kepada pesakitnya itu lalu menarik tangannya semula dari dahi lelaki itu. Maya mencatat sesuatu di dalam fail yang dipegangnya.

Rohayu masuk ke bilik 620 dengan membawa sepinggan makanan lalu diletakkan di atas meja yang beroda itu. Rohayu terus menolak meja itu ke arah pesakit agar dapat memudahkan pesakit menjamah makanannya.

"Okay..dah settle semua. Awak makan dulu sekarang ni dan jangan lupa makan ubat awak tepi meja ni ok."pesan Maya sudah mahu melangkah keluar dari bilik itu. Rohayu sudah berlalu awal selepas memberi makanan tadi.

"Doktor!!"

Maya yang berada di muka pintu yang sudah dibuka itu menoleh ke belakang.

"Iye saya. Kenapa?"

"Err...saya kan tengah sakit lagi ni kan. Hm..boleh tolong saya makan tak? Please..."

Maya terkejut besar.

"Apa?!! Awak nie kan!!"balas Maya mengetap giginya geram.

Maya teringat kata kata orang tua Aiman agar menjaganya semasa berada di sini. Dia pun hari tu konon boleh je bagi harapan kat suami isteri tu. Kalau tak laksananya satgi si mamat ni report malu pulak dengan ibu dengan abah. Ish!! Kesimpulan, jangan bagi harapan kat orang jika tak pasti mampu ke tak. Huhu.

Maya berjalan semula ke katil Aiman lalu duduk di tepi katil. Posisi dia dengan Aiman tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Dia terpaksa melayan karenah lelaki ini yang manja dan suka senyum senyum macam kerang busuk ni. Maya mengambil pinggan yang berisi nasi putih, sayur sawi, seketul ayam masak kicap bersama kuah lalu menyuapkan ke mulut Aiman dengan menggunakan sudu. Aiman pula bahagia menyambut suapan gadis kesukaannya itu. Sedap pulak tiba tiba. Selalunya makanan di hospital paling tak sedap. Betul tak? Tawar.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang