BAB 20- KAHWIN

5.3K 96 0
                                    

Kini, hujung bulan march pun tiba dan hari tersebut merupakan majlis akad nikah Maya dan Aiman. Selepas kejadian di hospital beberapa minggu yang lalu, Aiman terus menghilangkan diri tanpa dapat dihubungi atau berbalas mesej dari Maya. Mungkin Aiman masih merajuk atau marah dengan kejadian tempoh hari.

Maya cantik berbusana pengantin warna putih silver. Anggun. Jari jemari dan kakinya lengkap berinai merah bersama sedikit corak bunga di atas tangan. Maya duduk di sofa ruang tamu menunggu ahli keluarganya bersiap.

Mazlan dan Nora menyiapkan barang hantaran, dipaskan beberapa dulang hantaran kepada Azrul untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Aina di sebelah Maya berusaha mengipas kakaknya yang cantik menggunakan kipas tangan. Aina senyum. Ini kali pertama dia melihat Maya yang anggun dan sangat cantik.

"Cepatlah Diana!! Ammar!! Apa yang dibuat korang dua ni ? Lambat satgi kita nak sampai masjid ni!!"panggil Mazlan risau jika lambat tiba di masjid. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.

"Iye abah!! Kejap!! 5 minit!!"jerit Ammar kuat masih di dalam bilik di tingkat atas bersama Diana.

Maya risau, wajahnya berkerut seribu tidak dapat dibendung lagi perasaan risaunya. Telefon bimbit dalam tangannya dikerling sekejap, masih tiada panggilan dari Aiman.

"Ibu.. Aiman datang tak ni nanti? Maya risau sangat ni. Takut tak jadi kahwin. Macam mana ni?"adu Maya risau.

Nora terus duduk di sebelah Maya. Dia juga sedikit risau akan Aiman yang tiada khabar berita apa pun. Entah jadi ke tidak majlis akad nikah hari ini.

"Call lah Aiman. Jangan dia buat pasal pulak. Cuba call auntie Alina pulak."

Maya cuba menelefon nombor bakal mak mertuanya pula. Namun hampa. Tidak diangkat jugak. Dia makin risau dibuatnya.

"Tak jawab pun ibu. Risaunya Maya, ibu."

Maya menekup mukanya dengan tangan. Fikirannya serabut. Nora memandang Maya lalu digosok perlahan belakang badan Maya cuba menghilangkan resah anaknya itu.

"Aiman datang tu nanti. Takkan dia tak datang nak ambil Maya jadi isteri dia. Sudah tu, jangan fikir bukan bukan. Doa banyak banyak minta semuanya dipermudahkan."

Mazlan menghampiri isteri dan anaknya yang bakal dinikahkan beberapa minit nanti.

"Betul cakap ibu kamu tu Maya. Maya bertenang ok. Berdoa."tambah Mazlan tersenyum.

Maya membalas senyuman ibu dan abah. Hatinya sedikit tenang mendengar pesanan kedua orang tuanya tadi. Mereka bertolak ke masjid yang bakal menjalankan akad nikah mereka.

Maya turun dari kereta lalu melangkah masuk ke dalam masjid bersama keluarganya. Masjid kini sudah penuh dengan sanak saudara, kawan kawan, adik beradik kedua belah keluarga Maya dan Aiman. Semua pakat memuji muji kecantikan Maya yang menjadi pengantin perempuan. Maya duduk bersimpuh di atas satu bantal nipis menandakan dia pengantin hari ini. Maya duduk bersama Husna yang masih mengipasnya dengan kipas khas untuk pengantin. Mungkin baju pengantin yang dipakai Maya kini agak tebal dan panas.

Sudah 10 minit berlalu. Majlis akad nikah yang sepatutnya berjalan pukul 11 tadi terpaksa dilambatkan kerana keluarga dan pengantin lelaki belum lagi tiba. Maya tidak sedap hati. Dia mendekatkan bibir ke telinga Husna.

"Beb, aku rasa Aiman tak datang lah ni. Aduhh!! Dari pagi tadi aku call dia dengan family dia tak angkat. Aku risau tak jadi kahwin ni. Serius aku rasa nak bangun cabut je ni tau."bisik Maya perlahan.

"Woii. Apa kau merepek ni Maya? Kau tunggu jela kejap. Jangan pikir bukan bukan."balas Husna turut berbisik.

Maya melihat jam tangan di pergelangan tangan Husna yang sudah 11.20 pagi. Maya buntu. Serabut. Dia menundukkan kepalanya sambil tangannya memicit perlahan tepi kepala. Matanya dipejam sekejap. Sakit kepala. Benar benar tidak tahu apa yang patut dilakukan.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang