BAB 44 - SELESAI

4.2K 81 0
                                    

Aiman duduk bersandar di kerusi bilik pejabatnya dengan mata dipejam rapat. Dia memerlukan ketenangan jiwa sekarang ni. Kepalanya serabut.

Tiba-tiba pintu bilik pejabat dibuka. Mimi senyum manis memandang Aiman yang masih tidak sedar akan kedatangannya. Dia melangkah menghampiri Aiman dengan perlahan-lahan. Sengaja mahu buat kejutan. Kedua tangan Mimi lantas memeluk leher Aiman dari belakang kerusi.

"Haii sayang I . U penat ke hari ni? banyak keje ya. Ololo.."tegur Mimi gembira sambil merapatkan sebelah pipinya ke pipi Aiman.

Aiman tersentak. Dia terus membeliakkan mata kerana terkejut dengan kelakuan Mimi terhadapnya. Mujur juga dia tidak terjatuh dari kerusi ini. Terhuyung-hayang juga dia tadi. Aiman menolak kasar tangan gadis cantik itu dan pantas mengangkat punggung. Berdiri.

"Apa ni Mimi?? Peluk-peluk aku ni? Kau bukan isteri aku pun nak buat macam tu. Sedar benda tu sikit..!!"marah Aiman bengang dan tidak suka. Menyampah juga mahu melayan perempuan gedik ini.

Mimi memaniskan muka, tidak termakan langsung dengan cakap Aiman. Dia merapatkan badan kepada Aiman tapi Aiman bergerak menjauhkan diri.

"Iye..I tahu tu. Betul apa yang U cakap tu, I memang bukan isteri U..tapi kita kan nanti nak kahwin? So tak salah lah kan.."

Wajah Mimi selamba masih lagi tersenyum. Cantik dan selamba. Aiman merenung tajam Mimi dengan wajah garang.

"Kahwin dengan U? Mengarut..!! Apa yang kau merepek ni Mimi?"lantang suara Aiman menidakkan.

"Ehh..bukan U akan ceraikan isteri U tu ke? Ceraikan Maya? Kan? So..we can get married soon, right baby?"

Aiman terdiam. Pelik. Macam mana Mimi boleh tahu pasal gal ini? Pandangan tidak puas hati dilontarkan. Geram pula dia melihat Mimi yang menyandarkan punggung di tepi meja pejabatnya dengan tangan bersilang di bawah dada. Panas hatinya kini. Membara nak meletup. Mimi memang tak akan serik.

Kali ini Aiman menghampiri Mimi lalu menundingkan jari telunjuk di hadapan muka Mimi. Mimi hanya diam memerhati.

"Kau dengar sini baik-baik, Mimi Melissa!! Aku..tak akan sesekali ceraikan isteri aku. Tak akan..!! Dengar kan? Dan..aku tak akan.. pernah kahwin dengan kau ataupun perempuan lain sekalipun. Faham??"Aiman memberi amaran dengan jelas dan tegas buat perempuan yang pekak badak susah nak fahm itu.

Mimi rasa tercabar dengan kata-kata Aiman. Dikecilkan kedua matanya merenung. Memang degil lelaki ini mahu lepaskan isterinya. Bengang. Berkerut seribu kening Mimi menahan marah.

"Apa U cakap Aiman?? I kurang dengar.."

"Dah lah Mimi..!! Kau keluar dari ofis aku ni sekarang. Aku tak nak tengok muka kau dah lepas ni. Keluar..!!!"tengking Aiman namun Mimi memekakkan telinga. Berangin kepala otaknya.

Pantas Aiman menolak sedikit kasar badan Mimi keluar dari bilik pejabatnya. Bukan dia mahu berkasar dengan perempuan cuma Mimi sahaja dia kena berkasar sedikit. Tak faham bahasa.

Pintu bilik pejabat Aiman terus dihempas kuat setelah berjaya membuat Mimi keluar. Mimi terkedu. Dia mengetuk kuat pintu bilik pejabat Aiman berkali-kali tanpa menghiraukan pekerja-pekerja yang sedang memerhatikannya.

"Sampai hati U buat I macam ni!! Bukalah pintu ni..!! Aiman..!! Aiman..!!"pekik Mimi memanggil dengan nada kecewa.

Aiman sekadar memekakkan telinga dan membiarkan sahaja Mimi yang memekik di luar pintu pejabatnya. Puas hatinya sekarang.

"Kau blah lah pompuan...!!"

Aiman menumbuk kuat pintu bilik pejabatnya untuk menakutkan Mimi. Mimi terdiam, ketukan berkali-kali tadi turut sama terhenti. Mimi pantas beredar keluar dari bangunan mewah itu dengan hati yang bengang. Malu.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang