BAB 53- MENGADA

3.5K 63 0
                                    

Awal-awal pagi lagi, Mimi berjalan ke pejabat milik Aiman untuk bertemu buah hatinya, kononnya lah. Kali ini Mimi mendandankan dirinya dengan pakaian yang agak terdedah dan seksi. Mimi senyum.

"Dulu aku tak dapat bunuh isteri kau, hari ni aku akan bagi tubuh aku untuk kau, Aiman. Aku akan buat kau menyesal dan tinggalkan isteri kau. Aku tak kira, aku akan pastikan hari ni kau jadi milik aku. I will be your second wife."Mimi tersenyum sinis.

Dibiarkan orang yang lalu lalang di sini melihat tubuh badannya yang melentik dan mengancam. Meleleh air liur lelaki-lelaki miang apabila melihat tubuh badan Mimi. Dia senyum. Lelaki lain boleh terliur melihat badannya masakan Aiman takkan tergoda kan. Dia yakin rancangannya kali ini pasti berjaya.

Tiba-tiba sebelah bahu Mimi dilanggar seseorang seraya itu Mimi mengangkat muka. Terkejut dia apabila melihat wajah Khai di hadapan. Khai buat muka selamba.

"Khai. Aw..awak buat apa kat sini? Sakit tau tak kau langgar. Kau memang sengaja kan langgar bahu aku.!!"marah Mimi dengan jelingan. Dia menyapu kasar bahunya yang dilanggar tadi. Kotoran.

Khai merenung wajah Mimi pula. Tajam renungan lelaki itu.

"Kau datang sini mesti nak jumpa Aiman kan? Kau ada plan jahat kan? Dengan pakaian kau macam ni. Kau nak tayang badan kau dekat dia ke? Ke nak bagi badan kau tu?!!"perli Khai pedas yang amat. Mimi berpaling.

"Itu..bukan urusan kau.!!"

"Mimi..stop it with your stupid plan. Sudah-sudah lah tu, Mimi. Aiman tu suami Maya. Bakal jadi ayah kepada baby dalam perut Maya. Kau reda jela Mimi. Cari lelaki lain."nasihat Khai mahu sedarkan gadis itu tentang status Aiman. Mimi ni memang gila angau dengan Aiman. Tak tahu erti putus asa.

Berkerut dahi Mimi menahan marah. Dia berpaling memandang Khai. 'Kau salah hari nak tegur apa aku buat tau.'bisik hati Mimi.

"Abang Khai.. awak tak payahlah nak nasihatkan saya ni. Saya dah besar. Tahulah apa yang saya buat dan kau tak payah nak menyibuk hal aku, faham..!!!"nada suara Mimi jadi semakin kuat. Kedua tangannya disilang di dada dengan mata bulat merenung Khai.

"Aku tahu tapi.."

Mimi lantas memotong kata-kata Khai. "Jangan sibuk hal aku please, Khai. Aku tak kacau urusan kau pun."perli Mimi dengan senyuman manis.

Khai mengeluh.

"Berubahlah, Mimi. Belum terlambat lagi untuk kau berubah. Aku dah boleh reda dengan apa yang jadi sekarang, Aiman tu jodoh Maya. Kau pun patutnya reda juga, Mimi. Mulakan hidup baru."

Dia sebenarnya risau dengan keselamatan Maya, Mimi ni dia boleh buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia nak. Yes, kini dia memang betul-betul reda dan pasrah yang dia memang tiada jodoh dengan Maya. Kini, dia mendekatkan diri dengan maha pencipta dan alhamdulilah dia sudah dapat terima kenyataan hidup.

Mimi menjeling geram. Dia pantang kalau dipaksa.

"Dah lah, Khai. Kau bazir masa aku jela. Tepi.!!!"jerkah Mimi terus menolak badan Khai dan berlalu pergi.

Khai hanya mampu menggelengkan kepala dengan sikap degil Mimi. Dia nekad dengan rancangan bodohnya mahu mendapatkan Aiman juga.

Mimi senyum mahu melangkah ke pintu masuk bangunan besar itu namun dia ditahan oleh pengawal keselamatan.

"Maaf cik. Cik dilarang masuk ke dalam. Pakaian cik tidak mematuhi peraturan di sini. Cik diminta beredar. Kami dilarang membenarkan orang yang tidak mematuhi peraturan untuk masuk ke dalam."terang pengawal keselamatan lelaki itu. Pengawal keselamatan itu berdiri betul-betul di hadapan Mimi. Mimi menjeling.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang