BAB 49 - I'M PREGNANT

7.5K 70 3
                                    

Di hospital..

Aiman duduk menunggu di ruang tunggu bersama papa dan mama sementara Maya dirawat di dalam. Maya dibawa ke hospital tempat Maya berkerja dan Husna yang jadi doktor kepada Maya. Aiman masih diam. Tidak keluar sepatah pun perkataan daripada mulutnya. Termenung. Melangut bagaikan patung. Mama dan papa saling berpandangan. Mereka risau dengan keadaan Aiman. Dah lah yang dalam tu entah apa jadi, ini pula Aiman yang buat mereka bertambah risau.

Papa yang sedang berdiri berpaling memandang Aiman. Dia mahu tahu hal yang sebenarnya. Takkan suami tidak tahu pasal si isterinya ni.

"Aiman..!! Maya mengandung ke?"

Aiman menoleh.

"Aiman tak tahu. Maya tak de bagitau apa-apa pun dekat Aiman. Aiman pun tak tahu apa sebenarnya yang jadi dekat Maya sekarang ni. Terkejut juga bila tengok Maya tiba-tiba je bleeding.."balas Aiman dengan muka resah namun tidak gelabah. Nampak tenang sahaja bahasa badan namun dalam hati siapa yang tahu. Perasaan gelabah, risau, dup dap dup dap, serabut dan lain-lain bercampur-aduk apabila berada di tempat Aiman. Isteri kesayangan tu wey.

Mama mengeluh berat. Entah apalah yang jadi dekat menantunya ni. Betul ke Maya mengandung? Dia pasrah jika pendarahan Maya tadi akan buat dia kehilangan cucunya nanti. Mama yang duduk di sebelah Aiman, menggosok lembut bahu anaknya itu memberi kekuatan. Hatinya kuat menyatakan bahawa May memang mengandung tetapi pelik, kenapa Maya merahsiakan kehamilannya?

"Tak pela. Kita doakan Maya selamat ok. Apa-apa jadi lepas ni kita pasrah je. Jangan fikir yang bukan-bukan. Dah..jangan risau sangat."pesan mama tidak mahu Aiman terlalu tertekan.

Aiman dan papa terus terdiam. Fikiran Aiman yang paling serabut. Macam-macam yang bermain dalam fikirannya. Tidak kuat rasanya jika dia bakal kehilangan Maya suatu hari nanti. Boleh gila, sawan, meracau,  rasuk hah macam-macam lah jadi. Kehkehkeh.

Dalam setengah jam menunggu dengan hati yang gundah-gulana,  akhirnya Husna berjalan menuju ke arah Aiman, mama dan papa. Mama dan papa menoleh.

"Doktor.."mama pantas bangun dan menuju ke arah Husna bersama papa.

Aiman tersentak. Lamunannya tadi dimatikan lalu turut sama bangun dan ke arah Husna.

"Macam mana doktor? Macam mana dengan keadaan menantu saya? Maya okay je kan? Tak de apa-apa kan.."bulat mata mama merenung Husna, takut jika Husna bawa berita buruk untuk mereka dengar.

"Ha'ah. Menantu kami tak de apa-apa kan?"ulang papa pula yang risau.

Aiman masih diam. Riak wajahnya serba-salah. Dia lah penyebab Maya jadi begini. Semata-mata dia menyuruh Maya bancuh koko panas sahaja tadi, terus boleh jadi begini. Dia takut.

Husna masih dengan muka tenang. Namun tiada senyuman. Husna memandang wajah satu persatu ahli keluarga kawannya.

"Uncle..Auntie..Maya selamat je. Dia tak apa-apa. jangan risau sangat okay. Everything is okay.."kali ini Husna mengukir senyuman. Senyuman yang ceria.

Mama dan papa menghela nafas syukur. Aiman pun. Mendengar kata-kata Husna tadi, dia mengukir senyuman nipis. Masih belum boleh happy lagi. Persoalannya masih belum terjawab.

"Husna..Maya bleeding tadi sebab apa? Maya ada sakit apa-apa ke? Beritahu saya kalau Maya ada sakit apa-apa. Jangan rahsiakan apa-apa daripada saya. Saya risau tau tak."getus Aiman mahu tahu punca kepada apa yang terjadi kepada Maya tadi. Risau juga jika Maya ada rahsiakan apa-apa daripadanya.

Husna teragak-agak mahu membalas. Pelik. Aiman dan mertua Maya ini masih belum tahu ke? Dia rasa kan macam nak masuk dalam kejap pergi marah si Maya tu. Degil. Masih nak buat surprise. Tengok apa dah jadi sekarang. Ngek.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang