BAB 56- DEMAM

5.9K 65 0
                                    

Kandungan Maya sudah berganjak ke minggu-27, sudah Agak ke depan perutnya dan membesar. Dan kebelakangan inilah sang isteri akan mengadu sakit macam-macam, sakit pingganglah sakit kaki lah, sakit bawah perutlah, sakit kepala lah, gatal perutlah.

Maya turun dengan baju jubah labuh dan bertudung, siap mahu keluar bekerja. Aiman pula masih di bilik sedang bersiap. Lelaki lambat benor bersiap nyer. Kehkeh. Maya senyap-senyap masuk ke dapur untuk buat sarapan pagi. Ni kalau Aiman tahu,habis dia kena berleter. Maya sekadar masak telur mata kerbau untuk buat sandwich. Diletakkan sos dan kicap. Kuning telur yang ditengah-tengah dibiarkan cair. Baru sedap.

Selesai sandwich terhidang di atas meja, baru Aiman berjalan turun tangga ke meja makan. Pelik. Muka Aiman monyok. Dia sekadar duduk di kerusi tanpa sepatah apa kata pun.

"Err..abang..kita makan dulu ya. Sayang buat sandwich.."cerita Maya mahu Aiman menegurnya atau memarahinya kerana degil masuk dapur. Tapi pelik. Aiman masih diam.

"Okay. Sayang makan sekali tak?"soal Aiman menunduk sambil tangannya mencapai sudu dan garfu. Maya duduk di kerusi sebelah Aiman.

"Makan. Err..abang.."

"Yes.."

Aiman memandang Maya sekilas dan memandang makanan di pinggannya. Dia mula mengunyah sandwich yang Maya buat. Sedap.Maya menongkat dagu dengan sebelah tangannya merenung suaminya. Pelik. Muka Aiman pucat sikit.

"Abang okay tak ni?"tanya Maya memegang belakang tangan Aiman yang sedang pegang garfu. So pepandai imagine lah tangan yang mana. Yang pasti tangan bukan benda lain. Aip.

Maya tahu Aiman pasti mahu menyembunyikan keadaan mukanya yang pucat. Tak payah sorok. Memang sah sah jelas pucat. Aiman mengukir senyuman.

"Abang okay je sayang. Tak de apa-apa. Sayang makan sandwich sayang tu cepat. Nanti lambat pulak nak keluar."ujar Aiman menyuap sedikit sandwich ke mulut Maya. Suara Aiman pun lain. Maya hanya ngangakan sahaja mulut.

Maya risau. Apa kena dengan encik Aiman ni? Muka pucat. Suara macam nak hilang. Pastu tengok tu sat dok kuis makanan pstu makan sikit-sikit. Maya tahu Aiman tak de selera makan. Maya diamkan sahaja. Biarlah.

Selesai makan, Aiman yang membasuh pinggan di singki. Sandwich yang tak dapat dihabiskan Aiman dibuang ke dalam tong sampah tanpa pengetahuan Maya. Bukan apa. Tekaknya sakit. Tak de selera langsung nak makan. Dengan sakit kepala. Berdenyut-denyut. Maya masih duduk di kerusi meja makan.

Setelah itu, Aiman membancuh susu untuk Maya dan dibawa ke meja makan. Digagahkan juga untuk bancuh agar Maya tak curiga. Yes. Aiman demam.

"Sayang..abang dah bancuh susu ni. Sayang minum sampai habis ok. Lepas ni boleh kita keluar. Abang nak pergi ho..err.."Aiman meletakkan gelas susu di hadapan Maya. Maya mendongak memandang Aiman. Hampir sahaja Aiman tersasul sebut.

"Abang nak pergi mana? Ho..apa?"soal Maya sudah berkerut dahi. Riak muka Maya serius risau akan suaminya. Dia menunggu sambungan kata-kata Aiman.

"Tak..tak de apa lah sayang. Sayang minum susu tu cepat. Abang dah lambat nk masuk Ofis ni."dalij Aiman dan melabuhkan punggung di kerusi hadapan Maya. Mengelakkan diri daripada dapat tahu oleh Maya. Yela isterinya doktor. Memang dapat rasa bahang badannya yang memang panas dari semalam. Memang malam semalam dia langsung tak boleh tidur sebab sejuk. Pelik kan. Badan panas tapi rasa sejuk.

Maya meneguk gelas susu itu tanpa bertanya sehingga habis. Dia bangun menuju ke singki dan membasuhnya sekejap. Dia berjalan menghampiri suaminya. Dia dah syak suaminya pasti demam.

"Abang..abang okay tak ni? Sayang tengok abang macam tak sihat je. Abang demam ke? Cakap lah elok-elok, abang.."spontan punggung Maya dilabuhkan di atas paha milik Aiman. Muka Maya mengadap Aiman. Aiman senyum walaupun pucat. Suka ler tu. Eleh.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang