BAB 58- CEMAS

4.9K 61 0
                                    

Aiman turun tangga sambil menyarungkan tali leher.

"Aduh..!! Payah pulak nak ikat tali leher ni. Buat pasal pulak hari ni."rungut Aiman bengang. Entah kenapa lilitannya tak menjadi pagi ni.

Maya yang berjalan keluar dari dapur sudah tersenyum melihat suaminya. Aiman berdiri di hadapan tangga masih berusaha melilit tali leher.

"Abang..kenapa tu?"tanya Maya lembut dan mengatur langkah menghampiri Aiman.

Aiman menoleh. "Tak. Ni tali leher abang buat pasal. Tak nak jadi. Payah betul.!! Dah lah ada meeting penting hari ni."

Maya senyum lalu berdiri di hadapan Aiman. Kedua tangannya mencapai tali leher Aiman dan melilitnya. Senang sahaja. Aiman membiarkan sahaja. Dia senyum mengamati wajah isterinya yang berseri-seri pagi ni.

"Sayang.."

Maya yang sibuk melilit tali leher mendongak. Dileparkan senyuman manis kepada Aiman.

"Iye abang sayang.."

"Kenapa sayang berseri-seri pagi ni?"

"Berseri-seri? Mana ada. Biasa jela. Mata abang tu yang salah tengok. Kut terbayang perempuan lain ke tu."gurau Maya dengan riak muka cemburu.

Aiman ketawa kecil.

"Hm..entah ler. Mungkin lah kut."

Bulat mata Maya ke arah Aiman lalu spontan tangannya mencubit manja perut suaminya. Aiman mengaduh.

"Adeh.!! Adeh.."

Maya menjeling.

"Siapa suruh gatal sangat. Huh.!!"

Aiman senyum lebar. Geram dengan isterinya. Nasib baiklah tengah pregnant. Huhu.

Selesai menyelesaikan tali leher Aiman, Maya menarik lengan Aiman menuju ke meja makan. Dipaksa badan Aiman agar duduk di kerusi. Aiman mendongak.

"Abang dah lambat lah ni, sayang. Abang.."

"Abang makan dulu sebelum keluar ok."

Maya memberi senyuman manis buat suaminya mengampu. Aiman sekadar menuruti sahaja sambil tersenyum. Sempat jugak dia menggelengkan kepala.

"Hah.!! Sayang..nanti Jue datang sini tau. Dia nak bermalam kat rumah kita. Mengada macam tula."

Maya senyum. Bagus jugak itu. Boleh lepas rindu dekat Jue. Lama tak jumpa dia. Aiman menguyah karipap goreng yang masih panas itu baru masak.

"Boleh. Lagipun sayang memang bosan dekat sini sorang-sorang. Bagus jugak Jue ada."

Ada riak gembira dalam nada suara Maya. Aiman menjeling. Tidak suka. Bukan apa, takut diabaikan oleh Maya. Aiman muncungkan bibir dan menggigit karipap dengan malas.

********

Ding..dong..

Maya yang berdiri di tepi katil dengan telefon bimbit di tangan tersentak, apabila mendengar bunyi loceng pintu. Maya senyum.

"Tu mesti Jue.."

Maya mencampakkan telefonnya di atas katil dan dibiarkan sahaja wassap Aiman yang masuk tadi. Sempat baca tapi tak sempat balas.

Sayang..
Duduk rumah jangan nak ganas sangat.
Please. Turun tangga elok-elok.

Maya cuba berjalan pantas menuruni tangga.

"Kejap Jue. Akak on the way."jerit Maya memberitahu supaya Jue bersabar seketika. Keadannya yang sedang pregnant membataskan pergerakannya.

Tiba-tiba kaki Maya terpeleot.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang