BAB 7- KAWAN

4.2K 108 1
                                    

Mazlan bersalaman dengan Saiful, kawan lamanya yang sudah sekian lama tidak berjumpa. Merek baru sahaja bertemu semula semasa meeting di Johor Bharu baru baru ini.

"Assalamualaikum Lan. Hah baru masa nie lah kita dapat jumpa tanya khabar ,sekali tu boleh borak panjang sikit kan? Lama rasanya kita tak jumpa. Lost contact."ujar Saiful gembira dapat berjumpa dengan kawan lamanya itu.

Mazlan ketawa.

"Haah betul cakap kau tu Saiful. Ehh jemputlah masuk ke dalam rumah. Kita boleh makan malam sama sama nanti ni."

"Amboii..besar betul rumah kau sekarang. Untung bisnes syarikat ye dak."gurau Saiful.

Mazlan hanya ketawa. Dibiarkan kata kata Saiful tadi. Rumah banglo dua tingkat yang dibelinya ini hasil titik peluhnya sendiri dalam mengembangkan syarikat. Kini dia sendiri yang menguruskan syarikat. Ada juga dia memujuk Azrul untuk mengambil alih tempatnya namun Azrul mempunyai minatnya sendiri. Lagipun Azrul belum bersedia untuk menguruskan syarikat lagi.

Isteri dan anak anak Saiful melangkah masuk ke dalam rumah. Anak anak lelaki Saiful menyalam tangan Mazlan manakala isteri dan anak perempuannya menyalam Nora,ibu Maya.

"Selamat datang. Nie first time kita jumpa kan? Saya Nora, isteri abang Mazlan."tegur Nora ramah.

"Saya Alina. Nie anak dara saya, NUR JUE AMIRA."balas Alina senyum.

Jue turut melemparkan senyuman manis.

"Jom lah masuk, kita duduk kat dalam. Jom."ajak Nora membawa Alina dan Jue ke ruang tamu.

Mazlan sudah duduk di sofa ruang tamu bersama Saiful dan anak anaknya. Alina dan Jue turut sama duduk. Azruk datang dan menyalam tangan Saiful dan anak anak lelaki Saiful.

"Hah!! Nie kenalkan perempuan cantik yang tengah berdiri tu isteri saya, Nora. Yang nie anak lelaki saya, Azrul."

Nora yang berdiri terus ketawa mendengar usikan suaminya itu.

"Suka bergurau lah abang ni. Kan ada orang nie. Ishh!! Malu saya tau."balas Nora menjeling.

Alina dan Saiful hanya ketawa melihat suami isteri itu bergurau.

"Nie isteri saya, Alina. Anak sulung saya tu.. Akim. Yang sebelah tu Aiman. Bongsu nie lah anak dara saya sorang, Jue."ujar Saiful tersenyum.

"Besar dah anak anak kau ,Saiful. Hensem Akim dengan Aiman. Jue pun cantik. Untung kau. Hah!! Menantu tak de lagi ke?"gurau Mazlan ketawa. Saiful turut ketawa.

"Belum lagi. Menantu tu tunggu lain tahun lah kut. Anak anak tak jumpa yang sesuai lagi."

"Anak awak seorang je ke, Nora? Azrul je? Tak de anak yang lain? Perempuan takde?"tanya Alina mahu kepastian tentang anak anak Mazlan dan Nora. Jika mereka ada anak perempuan boleh juga dijadikan bakal isteri untuk Akim atau Aiman.

Nora tersenyum.

"Tak dela. Kami pun ada anak perempuan. Azrul nie satu satunya anak lelaki kami. Ada 3 orang anak perempuan tapi entahlah tak sampai sampai rumah lagi ni. Azrul!! Call Maya dengan Diana cepat!! Tanya ada kat mana."arah Alina cemas apabila anak anaknya masih belum sampai rumah.

Azrul bangun dan berjalan ke dapur untuk menelefon Maya dan Diana.

Baru sahaja Azrul mahu menelefon Diana, tiba tiba pintu utama dibuka. Muncul Diana dan Ammar berjalan menghampiri tetamu untuk bersalaman. Alina dan Saiful pelik memandang Ammar dan Diana.

"Err...yang mana satu anaknya? Tadi cakap ada 3orang perempuan. Nie ada seorang lelaki , anak jugak ke?"tanya Saiful keliru.

Jue menolak bahu Aiman yang duduk di sebelahnya dengan sengaja. Aiman menoleh. Jue mendekatkan mulutnya ke telinga Aiman.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang