BAB 60- CULIK

5.1K 57 1
                                    

Seminggu kemudian...

Maya yang baju t-shirt pendek, kain batik dan rambut disanggul tinggi duduk bersimpuh di hadapan tilam si kecil. Si kecil yang baru selesai mandi dibaringkan di atas tilam. Kesejukan. Maya senyum.

"Anak mama dah mandi. Wangi nya dia. Mama bagi pakai baju dulu.."

Maya mendukung lembut badan dan kepala anaknya lalu dihadiahkan ciuman di kedua pipi si kecil. Geram. Dia berpantang di rumah ibu kali ini. Kata Aiman dia mahu mama dan ibu bergilir-gilir jaga Maya. Maya ok sahaja. Seronok ada orang jaga. Ada kawan.

Selesai memakaikan si kecil baju, dia menyarungkan kain khas untuk membalut badan bayi. Aku pun tak faham kenapa bayi kena pakai benda ni. Aku ikutkan sahaja. Muka si kecil persis papanya. Rindu pula dia dengan Aiman.

Si kecil teriak. Mungkin lapar. Maya terus menggendong si kecil dan diletakkan di atas pahanya. Aina duduk di hadapan Maya, memerhati gelagat si kecil yang menangis.

"Akak..baby lapar kut kak."ujar Aina meneka. Maya senyum memandang adiknya.

"Haah. Akak pun rasa macam tu. Aina tak sekolah ke?"

Kini Aina sudah masuk ke tahun 2. Pantas je masa berjalan. Aina pun kini nampak gembira. Masalah Diana dan ammar akhirnya selesai. Mereka dah pindah rumah. Nak bertengkar sampai pecah rumah pun dah tak menyusahkan ibu dengan abah dah.

Maya memberikan si kecil minum susu badan. Dibiarkan si kecil yang dahaga itu.

"Kan Aina baru balik sekolah. Akak ni.."Aina memuncungkan bibir. Merajuk. Maya terus ketawa. Alamak lupa.

"Sorry sayang. Akak tak perasan. Dah jangan merajuk. Gelak baby tengok tau. Auntie Aina merajuk."

Maya mencuit bawah dagu Aina. Aina masih merajuk. Ada riak mahu ketawa.

"Maya..kamu makan dak lagi?"soal ibu berjalan turun tangga dengan bakul timbunan baju kotor yang mahu dicuci.

Maya tidak menoleh. Dia perhatikan si kecil yang masih berselera itu, takut tersedak susu. Dia tidak mahu terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada anaknya.

"Belum lagi. Tak sempat makan lagi ni, ibu."

"Pegi makan dulu. Ibu dah masak ikan haruan tadi. Ada dalam periuk."

Maya mengeluh. Bosan gila pantang ni. Tu tak boleh makan ni tak boleh makan. Semua yang boleh makan semua yang dia tak biasa makan. Baru seminggu dah muak.

"Assalamualaikum.. "

Maya dan Aina berpaling ke arah pintu rumah. Aiman senyum melangkah masuk. Dia terus meluru ke arah anaknya. Tergedik-gedik Aiman mengatur langkah. Dia duduk di sebelah Maya.

"Anak papa. Sini dekat papa."

Aiman mahu mengambil si kecil. Namun Maya menghalang.

"Abang busuk kan. Pegi mandi dulu. Baru boleh pegang baby. Baby dah wangi, kena papa dia jadi busuk tau."gurau Maya. Sebenarnya dia tidak mahu ganggu si kecil ini hisap susu. Ada ke patut nak kacau si kecil ni minum susu.

"Kejap je sayang. Boleh lah. Abang rindu dekat anak kita ni. Nak buat keje dekat ofis pun payah. Asyik teringat budak kecik ni."

Maya senyum. Kesian pula dekat suaminya ni. Sampai tak buat keje teringat budak kecik ni. Rindu anak je ke? Isteri tak rindu?

Maya terpaksa menjauhkan putingnya daripada mulut si kecil. Dia menyuakan si kecil itu kepada Aiman. Aiman senyum lebar lalu menyambut si kecil itu dengan berhati-hati. Dibaringkan di kecil di atas tangannya. Si kecil sedang tidur mungkin. Masih merah-kemerahan kulit si kecil itu. Aiman mencium sayang kedua pipi anaknya. Wangi.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang