BAB 43 - KAWAN AINA

4.2K 66 0
                                    

Maya dan Aina baru sahaja tiba di rumahnya dan Aiman. Aina yang comel dengan gaun pendek dan rambut tocang dua melangkah masuk ke dalam rumah dengan gembira. Maya membawa beg pakaian mereka turut sama masuk ke dalam rumah.

"Wahh..besarnya rumah akak dengan abang Aiman. Cantik. Aina suka sangat. Aina tidur sini sehari je ke, kak?"ujar Aina meronda kawasan rumah dengan kedua tangannya diletakkan di belakang badan persis macam guru besar yang ronda kawasan sekolah. Alahai comelnya budak kecik ni.

Maya senyum. Pintu ruang tamu ditutup rapat dan dikunci.

"Iye sayang..sebab Aina kan sekolah. Jadi Aina tidur sini sehari jela. Lain kali Aina tidur sini lagi. Hah..Esok sabtu akak bawak Aina pegi jalan-jalan ok..nak tak?"

Aina mengukir senyuman lebar sampai telinga. Gembiralah orang nak bawak jenjalan. Aina melabuhkan punggung di sofa empuk ruang tamu pula.

Maya hanya senyum dan membawa beg pakaian mereka tadi berjalan naik ke bilik tingkat atas. Diletakkan beg pakaian mereka di biliknya. Mereka kan tidur sama-sama malam ni. Riuh lah bilik ni nanti.

Maya turun semula. Banyak kerja yang perlu diselesaikan hari ini. Dia ada perasan keadaan rumah ini yang teramat-amat lah kemas dan bersih padahal dah 2 minggu ditinggalkan. Lagipun Aiman langsung tak jejak kaki ke sini sepanjang 2 minggu itu. Pelik. Hm seram pun ada.

"Aina nak makan tak?"tanya Maya sambil berjalan straight ke dapur.

Tiada jawapan daripada Aina. Maya menoleh. Pulak dah. Maya patah balik ke ruang tamu untuk mencari Aina. Risau juga jika Aina keluar tadi. Jenuh pula nak meronda cari.

"Aii..."

Mata Maya tertacap ke arah Aina yang sedang tidur lena di atas sofa. Maya senyum dan menggelengkan kepala. Nampak penat betul adiknya itu. Dibiarkan sahaja Aina yang penat itu tidur dan berjalan ke dapur sahaja.

Maya mengemas barang-barang yang dibelinya pagi tadi. Selendangnya tadi sudah dicampak di bilik tadi. Pelik. Sesetengah barang dapur masih baru. Expired date pun lambat lagi. Maya curiga. Pelik. Siapa sebenarnya yang duduk rumah ni semasa dia dan Aiman tak de selama ni?

"Takkan lah jiran sebelah ni nak tipu aku kut yang Aiman lama tak balik sini. Ehh..pelik ni. Aiman duduk sini ke selama ni? Aduh..macam mana ni?"

Maya menggaru kepalanya yang kusut. Macam mana kalau betul yang Aiman memang duduk sini? Rasa macam nak balik rumah ibu je sekarang ni.

Setelah siap kemas barang-barang, dia mencari bahan-bahan untuk memasak pulak. Aina tu bangun nanti sah-sah dia cari makan dulu. Bahan-bahan yang dia nak tu semua siap tersedia pulak tu. Senang betul keje.

Aiman memberhentikan keretanya dia luar pagar rumah. Dia keluar sekejap untuk buka kunci pintu pagar.

"Ehh..lampu luar terbuka. Bibik Nab ni tak tutup lampu luar ke? Aiskk..nasib baik aku balik sini. Ni membazir tau tak.."

Aiman membuka kunci mangga di pagar lalu pantas masuk ke dalam kereta semula dan memandu keretanya masuk. Dia melihat ada sebuah kereta lain di sebelah keretanya yang kini di garaj. Pelik. Siapa pulak dah ni?

Aiman keluar dari kereta sambil memerhati kereta di sebelah. Kereta Alza warna silver. Dia cam kereta dan nombor plat kereta itu.

"Nie kereta Maya? Dia dah balik sini ke?"

Aiman senyum. Riang hatinya kini. Rindunya kepada Maya akhirnya dapat dilepaskan. Dia segera mengambil beg pakaiannya di bonet kerna mahu cepat bertemu dengan Maya.

Aina tersedar apabila terdengar bunyi pintu kereta ditutup. Disangkanya Maya berada di luar. Aina menekup mulutnya yang menguap masih mamai.

"Akak...!!! Aina lapar. Nak makan nasi..!!"

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang