BAB 22- KENAL

5K 79 1
                                    

Aiman menggalas 2 beg pakaian miliknya dan Maya untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta. Mazlan, Maya, Azrul dan Aina keluar dari rumah bersiap sedia mahu bertolak pergi. Nora mengunci pintu rumahnya seketika.

Mazlan dan Nora menaiki kereta yang dipandu Azrul manakala Maya dan Aina menaiki kereta milik Aiman. Maya ada memberitahu mahu naik kereta Azrul namun Mazlan sengaja tidak membenarkannya. Maya muncung. Kereta Aiman dan Azrul mula bergerak keluar.

Maya hanya mendiamkan diri di sebelah Aiman yang fokus memandu. Aina pula duduk di belakang tapi sengaja Aina duduk di ruang tengah antara tempat duduk Aiman dan Maya mahu berbual.

"Abang Aiman ni hensem lah, kak. Bestnya..Nanti Aina pun nak ada abang macam abang Aiman lah. Abang baik. Aina suka sangat."puji Aina gembira.

Aiman tersenyum lebar, bangga rasanya dipuji sebegitu. Boleh terkoyak lubang hidung. Perasan. Maya menjeling. Geli.

"Terima kasih Aina. Abang Aiman sa...yanggggg Aina sangat sangat tau. Tak pe, Aina kan dah ada abang macam abang Aiman. Nie..orang tengah bawak kereta ni lah.."gurau Aiman seraya ketawa bersama Aina. Maya sedikit rimas. Bising dengan suara gelak mereka berdua ini.

"Boleh tak awak pandu je kereta tu tanpa buka mulut!! Aina!! Duduk diam kat belakang. Rimass!!"rungut Maya menyilangkan kedua tangannya di dada.

Aina dan Aiman hanya menuruti kata kata Maya. Mulut mereka terus dikemam, tutup mulut rapat. Bersuara pun tak. Aiman hanya senyum. Garang.

Setelah beberapa jam menempuhi highway dan tol menuju ke Kedah, akhirnya mereka tiba di sebuah rumah iras seperti rumah melaka yang agak besar. Agak terkejut juga melihat banyak kereta diparking di kawasan halaman rumah itu. Aina sudah tersenyum lebar.

"Banyaknya kereta!! Sepupu Aina dah sampaii!! Yeahh!!"sorak Aina terus keluar dari kereta Aiman.

Maya dan Aiman turut keluar dari kereta. Mazlan, Nora dan Azrul sudah mengambil beg pakaian di bonet kereta. Aiman berjalan ke bonet keretanya untuk mengeluarkan beg.

Kelihatannya agak ramai orang yang berdiri di pintu rumah dan di jendela untuk melihat orang yang baru sahaja tiba di halaman luar rumah. Itupun agak kecoh di dalam setelah mereka nampak Maya datang bersama suaminya yang kacak memukau kau memang deboom tu.

"Opahh!! Tu..pengantin baru kita dah sampai ni hah. Aii...kami ingat tadi pengantin dh pegi honeymoon memana dah."ujar Mak Ndak senyum sempat memanggil opah yang berada di dapur.

Maya dan keluarganya yang baru sampai itu terus melangkah masuk ke dalam rumah. Mereka bersalaman seketika dengan adik beradik abah itu. Mak mak sedaranya semua disalam. Ramai jugak lah orang nak kena salam. Adik beradik abah ramaii.

"Yela Ndak. Diorang ni kerja, dapat cuti pun seminggu je. Tu yang bawak diorang mai sini. Honeymoon sini jela."gurau Nora ketawa.

Maya hanya senyum paksa. Aiman meletakkan beg pakaiannya di satu sudut tepi dinding dan melabuhkan punggung di sofa ruang tamu bersama Azrul, Mazlan dan saudara yang lain. Aiman sedikit terharu melihat saudara saudaranya yang baru setelah berkahwin dengan Maya. Memang ramai keluarga orang kedah ni. Aiman ni dah lah orang nya agak peramah.

Maya dan Nora sudah masuk ke dapur. Maya disuruh untuk membancuh air minuman dan menyediakan biskut. Opah, Nora dan mak mak saudara yang lain sibuk memasak untuk makan tengahari.

"Pengantin lelaki dia ish machonya. Bertuah Maya kahwin dengan dia."puji Mak Teh senyum melihat Aiman dari dapur bersama Mak Lang di sebelah.

Maya menjeling. 'Dah start dah operasi cedok cerita.'

"Haah kan. Masing masing kerja hebat hebat. Untung Maya dengan laki dia."balas Mak Lang pula.

"Dah lah tu mak. Mak pergi layan Mazlan dengan keluarga dia. Cucu menantu mak tu pun ada. Boleh kenal kenal. Mak pergi lah. Biar kami buat keje kat dapur ni."ujar Mak Su sedang menumbuk sambal di dalam lesung batu.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang