BAB 4- KANTOI

4.8K 109 1
                                    

Maya dan Husna berjalan masuk ke dalam kedai baskin robin. Husna sudah senyum lebar kerana akhirnya dia dapat menikmati kek baskin robin kesukaannya. Tengok je kek baskin robin tu dah nampak sedap gila kan? Siapa suka makan? Tapi tak boleh lah makan selalu kena diet sikit ok. Bankrap nanti.

"Finally Maya kau dah memakbulkan impian aku nak makan kek baskin robin. Kau tau kan aku dah lama tak makan. Busy kerja je kat hospital tu. Sayang kau . Mmuahh ciked!!" gurau Husna sengih.

"Yela yela. Sayang kau jugak Husna. Satgi pipi kau naik tembam aku tarik-tarik pipi kau tu tau. Suka sangat makan kek. Ish ish. "

"Cik Maya sayang. Suka hati kita lah badan kita . Huh!!"

"Amboii dia.."

Husna ketawa. Dia berjalan ke kaunter untuk order manakala Maya terus ke meja di satu sudut bersebelahan cermin. Maya duduk. Dia tidak berapa suka dengan kek baskin robin nie sebab muak. Mood tak rasa nak makan so jangan makan. Kang tak habis membazir duit je.

"Jeng jeng jeng. Sedap tau kek nie. Rugi kau tak makan tau."ujar Husna meletakkan kek di atas meja.

Maya menoleh. Husna duduk di kerusi hadapannya.

"Makan jela kau. Aku teman je. Tak nak kau makan sorang-sorang. Kalau aku rasa nak makan aku cekau jela kek kau. Boleh kan?"

Maya mengedipkan mata berkali kali dengan senyuman. Husna menjeling tajam.

"Ahhh No!! Nie kek aku. Pantang Cik NURUL HUSNA ALIYA orang share kek dengan aku. Kau nak pergi beli sendiri. Hohoho"

"Alaa kedekut. Sekeh satgii."

"Kau sekeh aku cium kau. Mmmuuahhh."

Husna berdekah ketawa. Maya menggeleng kepala dengan senyuman. Husna memang gila tapi segila Husna dialah satu satunya kawan baik. Kawan yang boleh berkongsi masalah dan paling memahami. Boleh hilangkan stress time dia menggila. Husna juga sentiasa ada untuk dia semasa susah dan senang. Suka bagi semangat dan teguran kalau salah jadi kalau dapat kawan yang baik hargai dia. Susah nak dapat. Satu dalam seribu. Tak pun biar kita jadi kawan yang baik untuk orang lain.

"Maya...Aaaaa.. buka mulut. Aku suap kau. Cepatlah."arah Husna. Kek pun dah ada dalam sudu.

"Kau makan jela Husna. Malu kat orang tau. Nak suap suap kita pulak. Ish kau nie."

Maya ketawa perlahan.

"Tak nak kawan kau lah. Huh!! "cebik Husna merajuk.

"Yela yela. Merajuk pulak dia. Cepat aku bukak mulut nie."

Maya membuka mulutnya sedia untuk disuap. Husna kembali senyum. Husna membawa sudu ke mulut Maya.

Kebetulan pandangan mata Maya tertacap ke arah dua susuk tubuh. Maya tersentak. Maya mengamati wajah lelaki yang berdiri di seberang jalan. Tangan lelaki itu erat mengenggam tangan seseorang.

"Kejap Husna!!Tu...tu...tu Ammar kan? Ke aku yang salah tengok?"ujar Maya masih memerhati lelaki di luar cermin itu.

Husna mencari lelaki yang dikatakan Maya tadi. Terbuntang mata Husna melihat Ammar berpegangan tangan dengan seorang perempuan. Maya masih tidak dapat percaya apa yang dilihatnya kini .

"Ammar ada perempuan lain ke Maya? Kau ada masalah ke dengan Ammar?"tanya Husna terkejut.

Maya sudah tergamam. Dia tidak tahu mahu berbuat apa sekarang .Hatinya hancur. Patut lah Ammar tidak membalas chat mahupun menjawab panggilannya.

"Wait!! Siapa perempuan tu?"tanya Maya mahu tahu siapa gerangan perempuan bersama Ammar itu.

"Kak Diana!!!"jerit Maya dan Husna serentak. Mereka berpandangan. Benar benar terkejut.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang