BAB 25- MERCUN

4.4K 80 0
                                    

Malam itu, Maya duduk di ruang tamu dengan laptop di atas meja berkaki pendek yang tersedia di ruang tamu bersama Huda. Kebetulan pula, Huda ini merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital lain di Johor. Boleh Maya meminta bantuan Huda jika ada masalah dengan tugasan nanti.

Huda duduk bersila di sebelah Maya. Nak tak nak Maya terpaksa juga menyiapkan report yang disuruh pihak hospital tentang penyakit penyakit yang kerap berlaku kini. Dengan nak buat rivision balik. Haihh.

"Kau cuti berapa hari ni Maya?"tanya Huda.

"Seminggu je. Sekejap nya cuti kan. Kau pulak cuti berapa hari?"

"5hari je. Kau ok lagi cuti seminggu. Eh kejap..kau kan pengantin baru memang lah lama sikit cuti tu. Lupa pulak."perli Huda ketawa.

"Banyak lah kau punya pengantin. Tak cukup rest lah cuti ni. Ingat kan dapatlah cuti 2 minggu ke. Seronok sikit.."

"Kita kan doktor. Sibuk sikit. Tugas kita kan menyelamatkan nyawa orang lain. Kadang kadang tak cukup doktor yang berpengalaman tulah sebab kita tak boleh cuti lama lama. So terima jela kerja kita sekarang ni.."terang Huda.

Maya tersenyum.

"Cewahh..aku dah rasa macam aku dalam khusus kos perubatan dah dengar kau cakap tadi. Deep deep."

"Ada gaya jadi pensyarah perubatan tak?"soal Huda sedikit berlagak sambil melibas libas rambutnya yang paras bahu.

"Eiii perasan betul kau ni. Dah..aku nak buat kerja.."maya menjeling dengan sengihan dan menyambung tugasnya.

Pak teh tiba tiba lalu di ruang tamu di mana Maya dan Huda berbual untuk ke dapur. Entah mahu mengambil apa barang pun tak tau lah. Pak teh senyum melihat Maya dan Huda.

"Ada kerja ke tu?"soal Pak teh.

Maya dan Huda menoleh.

"Haah Pak teh. Ada kerja sikit. Hm..pak teh buat kerja apa kat luar tu?"

Sengaja Maya bertanya. Tetapi dia pelik, tiba tiba sahaja keadaan dalam rumah opah ini sunyi. Something wrong somewhere. Entah di mana ramai ramai orang dalam rumah ini tadi.

"Ouh. Pak teh nak pergi ambik pelita.."

Berkerut dahi Maya. Pelita?

"Nak buat apa dengan pelita tu pak teh? Raya belum lagi."ujar Huda pelik.

"Bukan untuk raya, nii.. Aiman suruh Pak teh ambik pelita. Nak cucur api, katanya nak main mercun. Budak budak dah ready kat luar tu nak main sama."cerita Pak teh membuatkan Maya tersentak.

"Main mercun? Mana diorang dapat mercun ni pak tehh?"Huda juga nampak terkejut.

"Diorang pergi beli lah tu petang tadi.."

"Mezty Aiman yang belanja kann.."teka Maya dengan muka serius.

"Haah lah kut. Banyak jugak beli tadii.."

"Aiiimannn...!!!"panggil Maya terus bangun berjalan keluar. Muka Maya jelas keberangan.

"Ehh..Mayaaa..!!!"panggil Huda risau dengan tindakan Maya yang sudah macam hulk nak mengamuk. Huda bangun berjalan mengejar Maya. Pak teh yang tidak sedap hati turut melangkah keluar.

Aiman ketawa sambil berbual dengan anak anak saudaranya. Anak anak saudara lelaki yang remaja sudah berpengalaman bermain mercun. Selalu main mercun lah tu. Semua pakat menunggu di luar. Nak dengar percikan mercun padahal raya lambat lagii. Haihh.

"Abang Aiman..Remy ada mercun bola nii. Nak lighter abang..."getus Remy anak saudara lelaki yang berusia 17 tahun.

Aiman menyeluk poket seluar jeans untuk mengambil lighter.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang